Setengah hari di Pulau Tuba, Langkawi

 

Apa yang ada di Pulau Tuba selain dari pantai dan juga mi udang???? Yeargh!!! Ada mi ketam, mi sotong? Eh? Still mi jugak kan? Hehehe! Meh nak share satu persatu sebab kami dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, Kuah ke Pulau Tuba, ambil tiket boat jam 8.30 pagi.
Parking area ni tak mahal




Ambil masa 5-10 minit sahaja dari jeti Kuah (Pekan Rabu) ke Pulau Tuba
 




Okay semua? Jadual boat dari Jeti Kuah Ke Pulau Tuba ada masa tertentu. Sila check kat google ye? Kat kaunter aku ada snap, tapi kena zoom sket sebab tulisan kecil. Boat ke Pulau Tuba paling awal jam 8.30 pagi. Ngam kami sampai jeti jam 8.15 pagi, kaunter boat baru nak ready. Jam 8.40 pagi, kami belayar menyelusuri laut Andaman.

Sesampainya kami di Jeti Pulau Tuba, kami didatangi orang yang offered bike rental. Ada 2 pilihan samada skuter, RM25/sehari atau motor, RM20/sehari. Petrol disediakan. No worries. 
Misi mencari kerbau pun bermula

Pastu misi mencari Leko Show pulak! Signboard kecik amat!




Budak berdua ni insisted nak lepak acacah healing hirup kopi bersama unggun api kan? Haaa.. pandai la korang buka payung set up sendiri ye? Tak koser akak kedai nak melayan! Depa kat belakang busy hal spray paip! Kahkahkahkah! Jumlah makan lekor kami termasuk air hanya RM27! Kenapa nama Leko Show? Sebab kita boleh tengok sendiri cara buat lekor. Tapi kami tak tengok pun. 
 

  

 

 
 

Kami jalan terus ke Jeti Kampung Nelayan

 

 

 

 


 
Dalam perjalanan kami nak makan mi udang di Ombak Rindu, kami tak semena-mena terus ikut laluan ke jeti orang memancing. Pastu, nak ke Ocean Trail. Terserempak dengan pemuda kampung Pulau Tuba. Dia berhenti and offered nak bawak kami ke Ocean Trail. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. AA dealed with Hazriq. Dia ponteng sekolah hari ni. Amboi diaaaa! 
Hazriq with his cousin
Kalau kami yang jalan sendiri, pasti akan berpatah balik sebab jauh ke dalam hutan

After a while, baru sampai
 

 

 

 

 

 

 

 
Geopark Bridge yang menghubungkan Pulau Dayang Bunting
 

 





 
Hazriq bawak kami makan mi ketam di Tanjung Pandan. Mi udang yang katanya lebih sedap, Kak Nah Mi udang tutup pulak hari ni! Aiseeh... tapi dapat makan kat sini pun dah sedap. Ajak dia n cousin join us makan sekali sambil borak tentang dia dan keluarga. Nampak lurus, baik dan budiman. Harap bila dah besar nanti bakal jadi manusia berguna. AA lupa nak ambil no contact dia. Just in case datang Kolumpo boleh dia bawak jenjalan. 

 

 

 


 

Total makanan kami adalah sebanyak RM190 (7 mi ketam, 1 nasi goreng udang, air kelapa)
Jam 2 petang kami dah habis pusing di Pulau Tuba. Jom return motor. Just tinggalkan kat mana tempat korang ambil di awal tadi je. Jam 2.30 pm, kami dah gerak balik ke Jeti Pekan Rabu. Sesapa yang nak turun di Jeti Kuah pun boleh je. Boatman first stop di Jeti Kuah sebelum ke Jeti Pelancongan Pekan Rabu.
 


 

Comments

Popular Posts