Ladang BOH (Beautiful of Highland) & Laman Kak Engku (Petik strawberry & Restaurant)

Sebetulnya, trip kami under Mossy Forest. Tapi aku bahagikan trip ni kepada 2 bahagian. Yang pertama, melawat ladang BOH dan kedua skip Mossy tapi letak petik strawberry dulu sebab bahagian Mossy Forest banyak sangat gambar yang akan aku share with you. 

Sebelum kami pergi ke Cameron Highlands, penat jugak nak cari exactly Mossy Forest tu camana? Tak dapat bayangan sebab mostly orang share yang indah saja! Yang jeep nyaris terbalik masuk gaung tak di-share, yang Jason trail tutup ikut waktu tertentu pun tak share.. So, aku decided sebagai traveler semua perkara tu kena ambil maklum. I share pasal Mossy Forest in other chapter ye? 

Jeep yang pick up di hotel Century Pines Resort di mana kami menginap (kalau beli pakej under Klook, memang driver akan pick up kat hotel). AM & NF ada jugak checked di TT tentang pakej ke Mossy Forest. Firstly, kami berhenti di ladang BOH.
Kami diberi masa selama 15 minit bergambar kat sini



Breathtaking at Sungai Palas
Jeep orang lain semuanya tertutup. Jeep kami sangat terbuka ye tuan dan puan! Uhuks! Nak korek hidung pun tak boleh sebab malu! Hahaha! Tibeh! Belah belakang boleh memuatkan seramai 8 orang. Jalan naik dan turun agak tricky ye? Nak masuk dengan kenderaan sendiri pun boleh. Cuma, waktu kereta, bas atau jeep berselisih, kalau pemanduan tak cekap, agak bermasalah. Effect kat kereta  belakang.
Kami diberi masa selama sejam sahaja di Ladang BOH

Hilang dah 3 orang minachi ni! Aku jalan sorang terus queue untuk turn masuk ke kilang pemprosesan teh. Ada timing nak masuk ke dalam factory. Video dan gambar adalah dilarang.









Dari awal hingga akhir proses


Palas supreme hanya terdapat di ladang BOH
Selepas ladang BOH, kami terus naik ke Mossy Forest. Aku share kat part II ye sebab banyak gambar nak share! Huhuhu! Selepas Mossy Forest, perut dah lapar. Kami decided nak makan dan petik sendiri strawberry di Laman Kak Engku. Ada makanan, ladang strawberry and scone! 

Personal experience, dah merasa scone di Smoke House, Bharat Tea II dan Lake House, scone strawberry kak Engku yang bagi aku terpaling best! Cuma vibes tak macam tempat yang aku sebut di atas. Menurut kata driver jeep kami, Encik Safuan, kak Engku tak buat scone banyak-banyak. Maknanya diaorang menjaga kualiti makanan instead of the quantity. 











Betul ni! Serius sedap!







Jam 3 petang, makin ramai kenderaan dari arah Simpang Pulai naik ke Cameron Highlands! Kami nak ke hotel dari Brinchang ambil masa 40 minit! Phewww! Padahal jarak hanya 7 km. Bertabahlah! 

Comments

Popular Posts