Bertam Resort, Pulau Pinang
Bersempena hari Malaysia, 16 September 2025 jatuh pada hari Selasa, PMX bagi extra cuti pada 15/9 (Isnin), maka berbondonglah umat manusia keluar melata bersempena cuti penggal persekolahan. Skema tak ayat kali ni?
Kali ni meraikan birthday wife PakMail. Kebetulan, PakMail pun dah lama menyimpan angan-angan nak ke Bertam Resort. Ini kalilah, kami bawak ke Bertam. Walhal, aku tak berkenan sangat sebab takde pantai atau boleh sightseeing di kawasan berdekatan. Tapi! Pool Bertam Resort best!
Parking RM7/entry. Kalau valet RM40/24jam
Kalau korang nak keluar dari resort, ensure validate card sebelum keluar di reception
Kami kena sidai dekat 2 jam! Bilik belum ready
3 kali ke kaunter tanya pasal bilik, 3rd time baru petugas bagitau 2 bilik kami ready
Included to our rooms. 2 orang untuk sebilik naik hot balloon. Tapi esoknya hujan sampai jam 11 pagi. Takde rezeki kami.
Tower B
View skodeng rumah orang! Huhuhu
Kedalaman 1.4 m saja
Jam 7.30 pm still ada yang mandi manda dengan gembira
Parent and my sis dah makan dulu
Serabai kuah manis (tapi ada durian!) Sobs!
Gerimis masih turun mencurah
Akan repeat ke Bertam Resort? Dari segi layanan staff and makanan, memang puas hati. Tak dengar lagi staff panggil 'abang or kakak'. Semua staff salute guests "Cik, Puan, Encik, Tuan". Tapi nak stay tu... hmmmm mungkin tidak! Sebab aku dengan mak aku tak boleh tidur malam tadi! Macam ada yang memerhati! Mak aku siap baca Yassin! Hahahahah! As my sista been told, dulu hotel ni terbengkalai selama 15 tahun (2008). Dihidupkan semula oleh Datuk Mohamed Iqbal. So... yearghh... ini pengalaman kami. Jadikan pengalaman anda lebih bermakna! Chewah!
Nak sambung gosip! Bye!














































Comments
Post a Comment