Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed By Banyan Tree
Hai korang??? *sambil melambai lapar! Hahahahaha! Kali ni plan dengan Zh nak sambut farewell sebelum balik ke kampung halaman menyambung legasi apak dia berbisnes. Tuptup dapat tawaran baru di syarikat lain, so tak jadi Zh nak balik kampung! Maka, percutian ni dari farewell kepada congrats stay!
Bila sampai Pavilion Hotel, lobi hotel ada di tingkat 8. Masuk je pintu ground floor tu, terus cari lift belah kiri. Tekan tingkat 8. Kacingggg! Dah sampai lobi!
Ramai gang Porsche dari Singapura
Bilik belum ready. So lepak kat lobi sementara tunggu Zh sampai
Bilik kami dah termasuk dengan sarapan pagi. Kalau lunch buffet, RM170/person and sarapan pagi RM120/person. Mahalnyaa! Huhuhuhu! Kalau parking under Pavilion Hotel, ensure korang ikut signage hotel parking dan bukan Mall parking. Kena melepasi 2 gate barriers baru masuk ke hotel parking. Ambil tiket dan bukan touch your TnG card or Debit/Credit card. Nanti nak keluar dari hotel parking, validate parking ticket kat reception sebelum ke kereta. If let say nak merayau sekitar after validate during check out, free parking until 12 tengah malam. Once u dah masukkan parking ticket ke dalam autopay machine hanya 15 minit je korang diberi masa keluar dari parking.
Kami makan kat The Courtyard dulu sebelum keluar nak massage di Ayu Borner Bukit Bintang
Complimentary kudapan
Nasi ayam
My dumpling soup noodles yang sedaaaapppppp!
Complimentary kuih muih dari hotel
Lagi extra free side dishes. Zh belanja makan kat The Courtyard. Total nasi ayam, dumpling soup noodles and air, RM165. Selain ni, complimentary. Bak kata Zh, crew bagi kami free sebab lunch buffet baru je tamat jam 2.30 petang. Rezeki kami. Lepas dah makan, jom masuk bilik letak beg jap!
Sebelah kanan, toilet. Malas ambil gambar
Malam tadi, Zh mimpi hantu kat bilik ni! Hahahaha! Nasib kau laaaah nokkk! Aku tidur nyenyak je! Tapi jam 5 pagi dah terjaga. Apa nak dibuat??? Paksa mata suh lena lagi! Perut dah lapar! Tak sabar nak tunggu hari siang!
Aku mengada asked the crew buatkan aku Nescafe panas.
Sky swimming pool di Level 18





















































Comments
Post a Comment