Nasi Campur Pagi Malam, Bangsar

Bersempena CNY (tahun Kuda) pada tahun 2026, jom la kita try test uji makan di Jalan Telawi, Bangsar. Sedang elok, kami dapat parking berhadapan dengan kedai. Kalau lewat, penat jugak memusing nak cari parking. Perut dah lapar, Keadaan terkawal sebab bahagian atas pun ada untuk duduk makan. Cuma, aku tak sempat nak snap gambar lauk pauk je tadi sebab urusan beratur and pilih makanan, aku serah mandat kepada AA. Ehek 😁


Beratur untuk tentukan meja? Taaak.. just crew akan tanya berapa orang and mintak kita pilih nak tunggu (makan di bawah) atau terus naik ke atas? Kami pilih naik atas saja. Menonong je aku naik, AA pilih lauk dan aku tunggu di meja. Selepas 10 minit kami makan, ruang atas dah penuh! 





Total makanan dan minuman kami, RM49



Teh ais sedap tau?

Comments

Popular Posts