Japan: Kawaguchiko Lake, Day 4

Awal pagi, sejuk melanda diri. Nak gosok gigi pun terketar-ketar. Time ni la mencari toilet yang ada bidet. Sebab hangat! Toilet biasa, terasa sejuknya. 

Setel masak nasi Brahim's, kami check out. Tinggalkan kunci je. Receptionist bekas pelajar kat Jepun terus menetap keja kat sini. Kg halaman kat China. Dia boleh cakap English, Japan and of course la Mandarin! Sopan je orangnya. 

Sempat kami melawat sekitar Kawaguchiko Lake ni. Sebab naik keta dan tak boleh benti semberono, aku snap lelaju je. Sebab pepagi ni, belum ramai orang. 
Boat ni tangkap ikan atau untuk tujuan pelancongan? 

Destinasi kami, nak ke Kachi Kachi Ropeway! Dari Kawaguchiko lake ni amik masa 7 minit je berkereta. Pukul 9 pagi baru buka. So, kami merayap dulu kat bawah ni. 
Free parking

Pastu kena berjalan kaki ke Kachi Kachi Ropeway ni. Tak jauh pun. Cuma jalan berbukit sket. Pemandangan subhanallah! Magnificent! 

Jangan beratur lagi. Otherwise korang pergi lebih dari sorang. Sebab kaunter tiket kat tingkat 1. 

Boleh beli tiket kat machine atau kaunter, Aku amik pakej round trip cable car + pleasure boat. 
Ni aku beli kat machine. 1400 Yen/person.

Pastu kembali beratur ye kawan-kawan! Kalau dah ada kawan yang beratur sementara sorang beli tiket, boleh la selit-selit masuk barisan. Sila jaga adab sopan dan santun negara yang anda wakili. Balik Mesia kang, sila praktikkan apa yang korang observe bila di Jepun. Bawak balik budaya baik, tak salah. 
Ready to board.
Pendek je perjalanan ropeway ni. 
Ramai mainland masa aku p.
Pemandangan dari atas.
Scene kena panjat sket.
Musim baik kami datang. Kalau tak kena tunggu pukul 11 pagi camtu untuk nampak clear view kat puncak Mt. fuji.

Kat atas tu, simple ja. Layan view dari atas. Pastu, binatang peliharaan boleh dibawa naik sekali. 100 Yen kalau tak silap. Kategori kecik dan besar. Harga lain-lain. Kalau org bawak kucing ke anjing ke, nanti pekerja akan sediakan kurungan haiwan. So, takyah risau la kalau berlaga-laga dengan haiwan tu.  Kedai souvenir kat atas ni, mahal. Aku just layan view hutan je. Naik atas sket view lagi lawa. 
Dah standby nak turun.
Wisteria dah mula blooming. Tapi tak snap gambar pokok tu. Sebab terpenyek time hujung rope way ni. 

Dah sampai bawah, kami tercari-cari pleasure boat pulak. Rupanya ada masa dia cruise. Ngam kami sampai kat pelantar, dah nak gerak. Lega. Masa pelayaran, 30 minit. Puas hati la. 
Beriadah.
View awesome. MasyaAllah!
Ramai gak local tangkap ikan.
Aku tak sure kedalaman tasik ni. 

Tasik Kawaguchiko ni dekat dengan Fuji-Hakone-Izu National Park. Boleh la korang singgah kalau berlama-lama kat kawasan ni. Perut dah lapar. Ada kedai souvenir kat area depan parking tu. Kedai halal pun ada. Alladin nama kedai tu. Sebelum tu, kami layan souvenir dulu. T-shirt agak murah. 1000 Yen sehelai. Tulis Mt. Fuji. Lagi murah dari beli kat Shiraito Falls semalam. Design pun pelbagai. Key-chain, fm dalam harga 650 Yen seketul. 
Encik Chef layan angin kat luar. Kedai souvenir belakang kedai halal ni.
Simple je. Indo tu bukan makanan Indonesia tau? Tapi masakan India.
Eat n Go!
Nasi boleh makan 2-3 orang. Lauk kami order 2 jenis. Kari seafood tu tak snap pulak sebab lambat sampai.
Aku order kopi ais. Lupa Kopi ais maknanya Kopi O kat sini. Rasa pedaq ja. Boleh tambah gula ni. Baru sedap. 

Kami dah kenyang, get ready balik ke Shizouka hantar kereta.  

Toll ticket.
Kami main agak-agak je. 
RnR. Tak serabut macam Mesia.
Nyaman walaupun tepi highway.
Station minyak berlumba-lumba tawarkan harga lebih murah.

Kami sampai Shizuoka sebelum tamat sewa kereta kami. Terus angkut beg semua ke Shizouka Station. Terus gerak balik ke Tokyo. Kena sampai awal, sebab kami nak cari hotel kat Nippori pulak. Lucky us, cover by JR Pass. Sebab station Nippori under JR Line. Yeeeyyy!
Ngam sampai dah senja. Kena berjalan kaki cari hotel pulak. Bezanya, kali ni tepat. Takde la sesat lagi. 

Pengalaman yang nyaman sepanjang di Shizouka. Ada banyak tempat menarik yang kami tak sempat cover. InsyaAllah, ada rezeki boleh repeat lagi. Of course bukan time Golden Week Jp! Never again!

“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Comments

Popular Posts