Kami dapat bilik selesa di Osaka. Agak besar dan murah berbanding hotel di Kamata semalam. Aku dah siapkan sarapan Brahim's. Curah air panas je. Siap!
Semalam kat Shin Osaka, aku dah reserve seat untuk ke Shizouka hari ni. Settled! Tunjuk JR Pass je kat pegawai bertugas. Minima, 7 days pass. Aku aktifkan semalam, 3/5-9/5 kami boleh guna JR Pass ni. Selain JR line, pakai la Suica Card. Boleh top up kat kombini (convenience mart) yang ada logo IC.
|
Ni contoh tiket reserved. |
Tepat masa tertera, kami sampai di Station Shizouka. Nak ke Mt. Fuji, Kawaguchiko, amat jauh dari sini ya tuan puan? Sebab tu kami decided sewa keta kat Tabirai Car Rental. Pastu, aku dapat email dari pihak Tabirai, suh amik keta kat Times Car Rental, Shizouka.
|
Ni la tempatnya. |
|
Keta kecik comel jek! Wajib ada IDP (International Driving License) ya? |
|
Kena faham rules dulu, baru sign. |
|
Fees: 11,900 yen dari 1000 (4/5)-1600 (5/5). |
Bayar kat kaunter je total yang dipersetujui. Oleh sebab aku dah booking online, so bayar terus je dari invoice yang depa hantar kat email. Kalau korang tong-tong ramai, at lez 4 orang tak terasa sangat nak membayar. Sebab minyak dan tol mahal. Harga petrol pulak berbeza di untuk setiap jenama. Paling rendah, seliter 146 yen. Oleh sebab pihak car rental dah sedia full petrol, nanti korang pulangkan keta pun dgn full jugak.
|
Tol pun mahai. Boleh pakai kredit kad? Wow for me! |
|
Pilihan di tangan anda. |
|
Keta dari arah Tokyo berpusu keluar dari bando. Tujuan sama lettew! |
|
Sila abaikan GPS jepang. Langsung tak membantu. Sebab kami tak faham sepatah pun. Alih2 buka maps dari tepon sendiri je. |
|
Keta yang kami sewa. Mazda Demio |
|
Best sewa keta, dapat benti sukati layan view kacak camni. |
|
Tatau apa motif aku letak sini. Huhuhuhu! |
|
Kawasan bendang kat sini. |
|
Lagi, kawasan bendang. |
Kami teruskan perjalanan ke Shiraito Falls. Gigih sebenarnya. Padahal, Sungai Tekala dekat dengan rumah, takde pun teringin nak p! ***Katup muka!
|
Ok, kami dah dekat! Yeeeyyy! |
Shiraito Falls ni dekat tepi jalan ja. Oleh sebab golden week kat Jp, parking full! Orang jepun tak parking semberono macam Malaysian tau? Sila jaga adab anda bila pergi negara orang. Sekali parking 600 yen. Ada yang caj 700 yen. Depend nasib korang. Kami bernasib baik dapat parking dekat dengan Family Mart. Siap ada tempat charging green car lagi kat situ!
|
Air sejuk di kali. Berdesir je bunyinya. |
|
Kena panjat sket baru boleh dapat scene ni. Ekhem... beratur plissss! |
|
Souvenir shop yang ada kat situ. |
|
Sempat la aku beli t-shirt kat kedai tu. 1500 yen sehelai! Phewwww! Sila jangan beli! Mahal! |
|
Lorong mati. |
|
Ni la dianya.. Shiraito Falls! Ok! kena bersenam ni! Turun tangga nookkk! |
|
Tuddiaaaa... ramai pakat dok ada. Suhu time ni, 25 darjah celcius. |
|
Kalau suhu panas macam kat Mesia, kompem ramai yang terjun dah ni! |
Masuk adalah percuma! Tu yang cek suka! Hehehehe! Pastu, aku tengok orang sini makan ikan salai. Macam menarik ja. Tapi aku tak tertarik nak cuba pun? Sebab org sini angkut binatang peliharaan sekali. Anjing la paling banyak depa bela.
|
Ini la ikan salai yang aku habaq tu. |
TBC!
Sambungan khas untuk Fuji Shibazakura for next entry!
Stay tuned!
Comments
Post a Comment