Siem Reap, Cambodia: Angkor Wat, Angkor Halal Restaurant
Menguap!
Kami dah bangun jam 4 pagi. Nak bangun subuh untuk solat pun liat... tau dek mak aku bangun pagi sebab nak pegi kuil... nahas aku kena usrah! Adeh!
Jam 5.20 pagi, Syakirin dah sedia menanti. Kami panggil dia Hazama sebab muka dia persis selebriti kat Mesia. Nak paste kat sini muka dia.. segan pulak.. kang fofular! Fuuhh!
Angin sejuk sampai ke tulang! Aku pakai tracksuit ngan t-shirt saja. Tudung haruslah yg paling minima bukan nak OOTD sangat macam dak SF tu! Huh!
Lupa bawak torchlight! Tak teringat kami nak jelajah dingin pagi! Memang gelap takde langsung lampu jalan kat kiri kanan kuil. Sebelum tu, petugas kuil akan check day Pass yang dah print nama, muka dan tarikh kita masuk. Kalau 3 days Pass $62/person. Kami datang ni, 1 day pass $37. $2 untuk sumbangan hospital kanak-kanak kat sini. Maknanya masuk kuil sesaja $35? Fuhhh! Sila jangan convert! Kang menangis!
Kejap beno sunrisenya... memang kena cepat. Aku terpaksa jalan itik nak menyelit p snap kat depan tasik tu. Sebab nak dapat reflection semata-mata! Huhuhuhu! Again, kalau mak aku tau aku bersusah payah camni sebab kuil... nahas la aku! =p
Sebelum tu, aku dah hangatkan nasi Brahim untuk kami santap 4 orang. Tapi kena letak dlm microwave gak baru sedap. Lepas kami jalan-jalan sekitar sini, perut dah lapar. Cloud 9 asyik lekat kat celah gigi je.. mana best! Terus bagitau Syakirin... kami nak p makan! Ada port halal tak area kuil? Apa? Ada! Lettts jommm!
Yummeh! |
Waktu kami sampai restoran ni, tukang masak belum sampai. Tapi mujur la kedai dah dibuka. Alhamdulillah! Lapar sesangat dah ni! Tadi sempat la merayau kejap kat dalam kuil. Penat snappy, memanjat tangga naik turun pulak. X puas atas kuil, bawah batu pun jadi keja. Nak dapat angle baik katanya. Korang yang particular bab makan, sila singgah kat Angkor Halal Restaurant ni ok? Makanan boleh tahan sedap. SY awal lagi dah pesan nasi.
Tengok menu je dah lapar |
Kopi ais |
The total |
Dah kenyang? Moh le kita meneruskan perjalanan!
Aku dok berasa mengantuk bila atas tuktuk. Terlena kang, ada yang tergolek jatuh pulak? Tak memasal ada luka.
Naik gajah? $20/person |
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Hari merengit dah ni! Aduhaaai! Kuil besar gila. Aku takde la pulak nak kaji setiap dinding. Ala kadar sekadar pegang dan rasa takjub saja. Betui ka orang yang pahat semua kat dinding tu? Berseni habis!
Unique |
Aku melukis orang lidi pun buruk. Inikan pulak nak pahat batu ke kayu camni? Not so me la! ***Nangis lelaju lompat tasik!
Hafal sifir |
Kami tak tunggu kat kuil sampai malam. Tapi kami bijak. Balik hotel dulu untuk tido and rehat pastu keluar semula jam 4.20 petang. Syakirin yang kawtim camtu. Sebab tengok kami dah lunyai sangat! Panas dan berdebu. Memang haruslah kami balik mandi dulu. Bebudak bertiga tu tido kejap. Aku decided nak berjalan area Pub Street ngan sekitar. Alih-alih, bosan keadaan siang, aku p salun cuci rambut! Kikikiki! Tak mahal pun... $3 untuk 40 minit perkhidmatan! Tertido gak aku dia urut kepala n shoulder!
That's y la kami sempat snap sunset. Memula kami naik atas kuil. Tengok ramai sangat, then matahari akan jatuh lindung pokok. so kami terus mintak Syakirin bawak kami ke tepi tasik yang kami lalu sebelum sampai kuil tadi. Nasib la tak beria. Memang tak nampak bulat mentari pun.
Cukuplah pengalaman kami di Angkor untuk sehari. Banyak yang kami kagum tentang peradaban manusia zaman dulu. Terima kasih Allah sebab bagi kami peluang saksikan sendiri kehebatanMu.
Then, Syakirin bawak jenjalan kat area kompleks nak buat pass ke Angkor. Ada Palm Container Night Market. Kami snappy je. Tak turun masuk pun.
Ampa buat apa kat sini? |
Kamera tak cantik! huhuhuhu! |
Pastu, kami sambung g massage lagi! Yeehaaaa! SY tak folo. Dia balik hotel je sambung rehat. Kali ni, massage with scrub ada 50%! Apa lagi? Mohh le kiter! Kena bayar $13. Sebelum tu, kami g minum kat Red Piano. Tak sempat snappy pun sebab dah letih sangat. Panas dan kering kat sini.
Lepas massage, kami jalan-jalan kat sekitar Night Market. Jalan sampai ke hujung, alih-alih dah sampai Hard Rock. Isy...tak jauh rupanya dari hotel. Then kami sambung minum lagi sambil layan live band. Jam 2 pagi baru balik hotel. Itupun sebab HR dah nak tutup! Hehehehe!
Ok, moh balik tido!
Comments
Post a Comment