Siem Reap, Cambodia: Lotus Farm, The Siem Reap Backpackers Restaurant & Artisan

Setel kami kat Tonle Sap Lake, kami ke Khmer Lotus Farm pulak. Agak mendung dan terik sebenarnya. Kawasan farm tu ada banyak. Ingatkan saujana mata memandang ke hape. Rupanya baru je depa buat farm ni secara komersial. Sebelum ni takde pun. Bayaran masuk 50 cent/person. 






Jangan tanya aku apa depa buat dengan bunga teratai ni. Kalau kat Jepun, depa masak buat cucuq. Kat sini maybe untuk masakan harian kot? Kami jalan-jalan look around je. Amik gambar lebih kurang, dalam 45 minit setel! 

Jam dah pukul 12 tengahari waktu Mesia. Sini baru 11 pagi. Perut melayu mmg senang je nak mintak makan. Haty bawak kami ke The Siem Reap Backpackers Restaurant. Halal food kat Cambodia ni Dekat je dengan Masjid. Arini Jumaat, so kami tunggu dia jela sementara dia setel solat Jumaat.
Depan masjid










Kek pisang ni sedap! Dia bagi free


Ikan tilapia

Boleh tahan gak masakan dia. Kami repeat kedai ni 2 kali. Rupanya walking distance je dengan hotel yang kami inap. Setel makan, Haty pun dh setel solat Jumaat, kami terus ke Artisan D'Angkor. Kat situ, orang kurang upaya buat kerja pertukangan. Unik gila hasil depa. Daripada kayu, batu, seramik, ulat sutera, besi, etc la!
Haty yang ajak. Kitaorg malas sebenarnya. Heheheh!










Unik




 Pastu kami beli minuman kat area Artisan ni. Dahaga! Sini kering dan panas. Cuaca Malaysia panas dan lembab. Ada la jugak angin sepoi sepoi. Kat sini langsung tak ada! Fuhhh! Berpeluh-peluh jadinya!

Manantah si SF kutip! So aku letak sini jela

Then, kami balik hotel rehat mandi solat semua dulu. Deal balik dengan Haty petang nanti nak ke Kompleks beli 1 day pass ke Angkor Wat esok pagi. Harga seorang untuk 1 day Pass $37. Kalau 3 days Pass: $62/person. Plan nak snap sunset sekali. Tapi dah tak sempat. Awan pun tebal. Hampa. Haty bawak ronda area kompleks je. Kebetulan ada pasar malam kat tepi jalan raya. 










Comments

Popular Posts