Nha Trang: Day 2 (Island Hopping)
Anda bersedia untuk sunbathing?
Ready?
Jommmmssss!
Perlu diingatkan, pakej yang kami amik ni, berbaloi dengan apa yang kami dapat. Terutama dari segi masa. Memang out gila! Semalam orang kedai dah berkali-kali ingatkan kami supaya on time, 8.30 pagi. Waktu Malaysia 9.30 pagi. Dah mula hangat kat luar. Kami dah sampai kedai jam 8 pagi! Jam 9.10 pagi baru nak gerak? Itupun kena jalan kaki tunggu kat tempat lain. Bersama kami, ada pelancong dari Korea. Diaorang pun dah gorek-gorek apa benda pun aku tak faham.
Tak cukup dengan tunggu bas sampai, kena tunggu pulak kat jeti terminal untuk naik boat. tambah lagi 30 minit menunggu. "Berbaloi" untuk harga 200k Dong yang kami bayar. What to expect? ~Waiting!
1st impression, memang dah teruja. Maklum la, setiap negara lain pengalamannya naik boat tradisional ni. Makin jauh, dah rasa pening pulak dah! Takkan mabuk laut pulak? Aiseh... nasib la ada bawak jeruk asam dalam beg! Kalau tak, mau muntah ni!
1st pulau yang kami berhenti. Lunch disediakan kat sini. Non halal! |
Kami diberi masa selama 3 jam kat pulau ni. Buat la aktiviti apapun. Kayak, main bola pantai, berenang, snorkel, etc. Kami sesatunya pelancong dari Malaysia. Yang lain, majoroti dari China.
30k Dong |
Ready to jump? |
Aku dah tak lalu masa ni. Depa dok naik terjun tiruk, tak elok nak snappy sangat sebab baju pun mencolok mata. Better not la. Floating bar katenye. Lepas terjun, depa akan diberi minum for free! Syok je tgk orang naik turun terjun.
Jom kita ke pulau yang kedua! Pulau ni ada bayaran dikenakan. Agent kami bayarkan dulu, nanti sebelum turun boat dia collect duit.
Traditional boat: 100k Dong/person |
Tak sesia kami sewa naik traditional boat ni. tak payah susah payah snorkel tengok ikan! Hehehe! |
Air laut, tenang, ombak pun sempoi je. Angin ja takda! Panas weeiii! Tapi air laut sejuk! Segar je! Sekali lagi, aku beli air kelapa. Haus! 40k Dong untuk sebiji kelapa. Isi pun tak dapat sebab dia tak bagi sudu. Agak merugikan di situ. Jangan lupa bawak kudap-kudap! Aku tak bawak apapaun, Jeruk asam je aku bawak. Nak salin baju dan mandi, satu baldi dia caj 10k Dong. Kena catu air mandian korang kalau berendam kat sini.
Next, kami ke pelantar yang sediakan jet ski, banana boat, parasailing and berkayak. Aku tried jet ski! Berbaloi bagi aku, 600k Dong untuk dua orang selama 15 minit! Kalau korang pakai spek, memang kena buka.
Air dalam weeiiii! |
Yearghhh! Tak setel lagi penerokaan kita pada hari ini! Memang mau rentung ni! Konon telan oral sunblock boleh kurangkan jelaga kat muka ni, huh! Tipu! Sama gak kalau panas pun... Pakai la apa saja..
Last but not least, kita singgah kat akuarium pulak... Kena bayar nak masuk akuarium. Memang team kami je ada kat sini! Best gila nak bergambar! Sharp pukul 5, semua pekerja balik, Tinggal kami je kat dalam ni.
Akuarium: 85k Dong/person |
Orang tak da, anjing je tinggal |
Lawa tempatnya |
Akuarium |
Dah tak larat nak naik ke atas |
Kolam seabass |
Senja dah berlabuh. Jom la balik! Bas dah sedia menanti! Kami tak terus balik hotel, tapi terus nak cari restoran halal sebab perut dah bebetul lapar!
Apa lagi? Let's Grab!
Comments
Post a Comment