Nha Trang: Vinpearl Land (Day 3)
Malam ni makan besar!
Gong Xi Fa Cai!
Gong Xi Fa Cai!
Sebab tu aku beli tiket Vinpearl Land hari ni. Rupanya lagi ramai Chinese dari omputeh? Kami yang Melayu ni menyelit jela dengan kepungan Chinese yang beraya di perantauan ni. (T_T)
Perlu diingatkan, kalau korang datang peak season macam kami ni, datang awal pagi.
Mak aiii! Nak kena beratur berapa jam ni? Lane dah penuh seawal pagi. Terserempak dengan akak dari Putrajaya semalam kat Eden, katanya klu datang Vinpearl Land waktu petang dah tak ramai orang. Cuma tak boleh nak cover banyak games jela kan? Maka, kami kena hadap manusia pagi ni.
Tiket Vinpearl, aku beli dari laman web Klook.com. Semudah ABC saja. Korang boleh type negara atau tempat yang korang hajati. Aku dah baca reviews, so mudah la keja aku nak click buy! Untuk 2 ways cable car dengan water park & theme park, RM170. Untuk kanak-kanak, ensure ketinggian dia tak melebihi 139cm. Kalau lebih, dia dikira dewasa. Dari Malaysia, aku dah print sesiap. Nanti kat kaunter tiket just tunjuk barcode tu je. Pastu staff akan bagi kita kad untuk scan sebelum naik cable car.
Untuk lane penuh camni, kami amik masa 50 minit beratur sebelum turn kami naik gondola. Kalau korang gayat, boleh naik boat je. Aku tak pasti kat mana. Tapi, berdekatan dengan cable car station ni.
Ada staff check kita ada bawa makanan atau barang terlarang atau tak |
Tak disyorkan untuk yang gayat |
Boleh tahan tinggi! Boleh tahan panjang! Bila nak sampai ni?
Aduuuhhhh!
Korang boleh bawa baju untuk mandi manda sebab kat sini attach dengan water park! Aku tak boleh nak mandi manda sebab 'bendera Jepun!' Sedih! Tapi, dah merasa la naik banyak mainan kecuali Alpine Coaster Adventure tu! Sebab ramai sangat beratur. Aku sangat syorkan korang merasa naik Mine Adventure! Best gile!
Boleh tahan tinggi weehhh! |
Unik |
Bunga-bunga yang cantik |
Sempena sambutan CNY malam nanti, banyak kedai souvenir dan convenience store yang dag tutup! Jenuh kami mencari kedai, kecuali kedai makan je. Itupun dah nak tutup! Maybe ramai staff nak balik untuk makan besar?
Akuarium kat dalam ni, besar. Berbaloi dengan harga yang kami bayar. Aku tak lalu nak snap gambar bebanyak sebab panas terik. Yang boleh aku share, kalau korang ke Nha Trang, wajib datang ke sini.
Rasa nak petik! |
Terasa kat Okinawa pulak! |
Korang yang ada budget berlebihan, boleh menginap kat Vinpearl Land sebab kat sini ada banyak resort yang sesuai dengan budget yang korang ada. Macam kami, cukup merasa setakat ni sebab kaki dah tak lalu nak berjalan. Gegar lutut! Aku ada bagitau MF, nak repeat dengan SF nanti. Sebab trip kali ni, kami tak sempat ke Dalat. Lain kali jela.
Kaunter lengang jam 5 |
Tunggu Grab |
Kaki dah lenguh, nak balik bandar cari pusat urut! Heheheheh!
Trip ke Ho Chi Minh - Dalat - Mui! ✈ Hanya RM1500/pax (fullboard) pada 2-6 Jun 2020. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk pertanyaan lanjut boleh ws 📲 018-9581995 atau email 📩 najwaakutravel@gmail.com
ReplyDeletesalam..makanan halal ada ke kat dlm tu..klau nk bw bekalan cmna bole x
ReplyDeleteSalam, makanan tak dibenarkan dibawa masuk. Nanti ada security akan check beg kita. Then klu ada mkanan kena letak dalam locker sebelum naik cable car. Area Vinpearl, ada Lotteria (fast food). Tapi takde sijil Halal.
DeleteKat vinpearland mcm mn nk mkn? makanan tak blh bw.ada ke makanan halal kat situ? klu bw baby pun tak blh bw makanan ye?
ReplyDeleteBaby meal tak sure sebab security akan check bag kita sebelum naik gondola. Halal food memang takde kecuali Lotteria Restaurant (fast food) yang tak jual pork. Kami bawa megi, tapi kena tahan. Tak boleh bawa masuk.
Delete