Myeong Dong Topokki, AEON Nilai

Hari ni, aku decided nak lepak ngan NH. Lama tak merayap ngan dia since kami pun dah lama tak travel sama. Last, g Siem Reap bulan 1 jela?

Dalam masa sama aku nak jumpa SN sebab nak amik kad TnG aku. Tertinggal dalam keta waktu kami g Teluk Intan aritu. Ni semua alasan nak jumpa ja. Heheheh!

Sementara tunggu SN, aku g massage kat Thai Odyssey kat Tingkat 3 AEON Nilai. NH pulak malas nak mengurut, then dia jalan-jalan sorang. Nak solat, surau perempuan kat Level G bertentangan dengan butik Pandora. Lelaki kat Level 3. Naik lif dekat situ, dah jumpa suraunya.

Settled mengurut, SN sampai jam 8 malam. Perut pun dah lapar. Kami decided makan kat Myeong Dong Topokki kat Level 3.
Order dan terus bayar di kaunter


Air kat situ, termasuk dengan harga makanan yang korang pilih. Nanti cashier akan bagi cawan sesiap. Tunggu nak pilih air yang korang nak je. Kalau nak air lain, kena order dan bayar.
Vibrate kang, sila amik makanan korang dekat kaunter bayaran tadi
Cukup la untuk kami bertiga
Kek beras (topokki) Myeong Dong 
Hangul Chhicken Ramyun
Kimchi Ramyun

Bulgogi Chicken Deopbap
Honey Citron
Honey Apple

Restoran ni sesuai untuk #foodhunter dan peminat makanan Korea. Depends rasa korang. Bagi aku stay boleh blend dengan rasa Korea+Malaysia. Tak terlalu pedas, dan tak pula langsung tak rasa pedas. 

Sesuai untuk bonding dengan keluarga dan gosip dengan kengkawan. Hehehehe! Tapi kalau waktu siang, dan weekend, aku tak sure. Kesian pulak kat orang yang beratur panjang nak duduk makan. Ikut situasi.





Jadi, apa tunggu lagi?
Jom ke Korea?
#tiber

Comments

Popular Posts