Paradise 101 Island, Langkawi

Mungkin ramai antara kita yang tak pernah tau kewujudan pulau buatan ni, kan? Kami bernasib baik, sebab sampai je dari Langkawi, then kami singgah jumpa Jay and Pinat kat sini. Memula nak g Rumah Api je. Oleh sebab bosan, sunset pun lambat lagi, kami 'membuang' masa kat Pulau Paradise 101 ni.
Apa ada?

Parking keta, boatman sedia mananti anda

Kalau setakat nak ke pulau tanpa buat sebarang aktiviti, RM30/return akan dikenakan untuk seorang pengunjung. Kami berempat, maka amik aktiviti Zipline, just kena bayar harga main je. Boat return kira free! 









Dah sampai? Kami disambut ceria oleh Manager pulau. Siap ada welcome drink! Ginger+honey! Auch! Then, kami diberi taklimat ringkas untuk Zipline. Bayar sekali dan free sekali! Sebab dah dekat waktu balik! Yeeeyyyy! Rezeki!




Pendek je trek zipline ni. Oleh sebab aku dah banyak kali buat kat luar negara, which is trek lagi panjang dari ni, so aku tak puas main sangat. Setakat cari new experience kat tempat sendiri, apa salahnya kan? Selain tu, korang boleh membasahkan diri main banana boat, jet ski dan parasailing. Seperti tertera yang aku snap kat atas tu.









Sunset jatuh kat balik gunung. So, kami bergegas keluar dari pulau nak ke port sunset depan PULAPOL bak kata Jay. Kami mengikut jela. 

Port jarang orang ada


Comments

Popular Posts