An Thoi Cable Car- Day 2

Awal pagi, kami dah bangun. Mujur malam tadi dah hujan. Pagi ni pun nampak mendung berarak kelabu. Tapi, kami kena teruskan kecekalan kami pada hari ini. Mana yang tak boleh, kita skip je.
Egg noddle. Kalau rasa kembang tekak dengan status halal sila jangan makan

Kami beli tiket cable car dari receptionist Canary Bungalow je. Harga asal 150k Dong return, tapi kami dapat 135k Dong return untuk seorang. Boleh laa... under klook.com dah tak dijual tiket kabel car ke Hon Thom island ni lagi.

Peta Phu Quoc Island
Trip kami esok under klook.com (John's Tour)
Alert dengan jadual cable car nanti tau?

Receptionist tolong kami panggilkan teksi. So, tak lama kami tunggu. Teksi sampai. Cuma penat nak explain la sebab rata-rata depa takleh berbahasa Inggeris. So, korang cakap jela Melayu. Kihkihihkih!
Dari Canary Bungalow ke An Thoi, 320k Dong. Mahal sket sebab jarak jauh. Dah la bawa keta 60-80km/jam je. Memang lagi lama la rasa. Harga teksi berubah-ubah sebab ikut meter.

Taxi yang bawa kami


Boleh beli tiket kat sini

Boleh memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa

Cable car terpanjang dunia (7.6km kalau tak silap aku laa)



Highlight nature park
Buggy for free?
Pineapple Beach
 

Beratur sebelum nak balik An Thoi

Kami dah terlepas masa sebelum cable car ni tutup selama sejam sebab rehat. Buang masa betul tunggu kat sini. Takde hape yang menarik sangat pun. Selain kami dapat la merasa naik cable car terpanjang dunia. Kalau sapa gayat, lagi niaya la. Hahahah! Depends orang gak la... Bagi aku, kat sini biasa ja. Nak ke pulau lain kena pakai boat.

Tambang teksi

Patutnya kami ke Sao Beach atau Ong Long Beach. Tapi macam malas dah nak pegi sebab hujan renyai lagi ni. Kami kena beratur panjang sebelum naik cable car sebab laluan tergendala dek hujan. Maybe ambil kira ciri keselamatan. Patutnya dah dibuka jam 1 petang tadi. 


Dah sampai ke An Thoi, kami masuk cari souvenir untuk dibawa balik. Kualiti kain untuk t-shirt kat Night Market, tak berbaloi. Kang beli, tak pakai pulak. 


Ada sorang mamat ni himpit NH dari rak t-shirt. Dia dah cuak. Kali ni, tak boleh nak bersangka baik dah. Waktu tu, kami semua ke toilet. Tinggal dia sorang je kat kedai tu. Mamat tu pakai baju kemas. Seluar khakis, kemeja putih. Lagak macam salesman, tapi MO mengikut NH rapat sangat diragui. NH tunggu depan kedai pun mamat tu follow. Just hati-hati kat tempat orang. Jangan lalai. Nak husnuzhon, bertempat. Sebab pekerja kedai souvenir An Thoi tu pakai t-shirt company.


Nanti ada orang akan approach taxi. So, korang jangan risau bab tu ya? Dari An Thoi Cable car ke Canary Bungalow, 280k Dong.
Kami terus balik ke hotel. Penat dah OOTD tak jadi dengan track suit n baju mandi. Konon nak mandi la. Ombak kuat weeiii! Kang, datang ber4, balik berkurang pulak... Tak kose den! Hahahaha!
Perut pun dah lapar, baki sardin pagi tadi kami panaskan. Then zzzzzzzz...

Comments

Popular Posts