Last night at Phu Quoc- Day 3

Massage tepi pantai lebih murah berbanding kat pekan

Setiap malam, kami g massage. Even harga tak sama macam kat Thailand yang tak boleh bawak bincang murah. Kat sini, agak mahal. Macam kat Malaysia jela. 

Jarak kami ke pekan Duang Dong ni, 10 minit berjalan kaki je. So, kami singgah kedai coklat Alluvia. Boleh buat souvenir nanti. (Boleh kenakan orang dengan beli coklat perisa cili!) 



Harga coklat kat sini lebih murah berbading kat airport. Kat kedai ni, 90k Dong untuk 1 papan compare to airport, 140k Dong sepapan. (Betul ke aku guna perkataan 'papan' tu) Eh?
SY beli arabica coffee. Sedap katanya bila bancuh bawak balik ke Malaysia. Aku dah bosan kopi. Just beli coklat dan kacang je.


NH pulak beli kopi timbang kat kedai kopi. Penapis kopi tu, SY ngan NH beli kat sini. Harga ikut kebesaran penapis. Dari 20k Dong ke 35k Dong setiap satu. Berbaloi!

Then, kami massage dulu sebelum g makan kat PQ night market. Malam terakhir nak habiskan duit.






Waktu kami nak balik hotel, cubaan menipu dari puak local bermula. Brother tu nak caj kami 100k Dong balik hotel. Padahal, time datang tadi, 22k Dong je naik teksi dari hotel by meter! Hampes kedaung betul! Tapi, sebab kami dah cuak, dah pukul 12 tgh malam, then kami akur jua. Tapi pakcik teksi tu kesian tengok muka toya SY, dia bagi 60k Dong! 

Officially, duit Dong aku hanya tinggal 1000 Dong (0.18sen) sahaja!
TITIK!
Tak boleh nak shopping? Fine...
Credit card kan ada?
=p

Comments

Popular Posts