Jalan-jalan Perak: Part 1

Hi? Assalamualaikum!
Salam sejahtera!

Plan ke Ipoh ni, aku dah susun jadual untuk Shark sebab dia balik Malaysia, bercuti seminggu. Oleh sebab trip aku ke Bandung 7/11 dibatalkan, maka aku ada lebihan 2 hari cuti ke Bandung tu. So boleh spent bawak dia JJCM ke Ipoh! Memula nak ke Melaka, tapi macam mainstream sangat untuk dia. Aku terpaksa ajak SN teman dan 'paksa' dia cuti untuk ikut trip pendek aku ni. Hahahah! Thank you SN! Lebbiuhhh la!

Kami gerak jam 8 malam dari Nilai ke Ipoh. Jam 11 malam, kami dah selamat check in kat Brick Box Hotel dekat dengan OCBC bank. Memang walking distance nak ke street art, Plan B, Dataran Dato Sagor, station keretapi Ipoh dan macam-macam lagi la! Herghhh! 1 queen room, dengan harga RM88.15/night. So aku amik 2 bilik. Shark sengsorang. Jangan dia tak jaga dah le esok.

Thank you SN!

Lepas check in, kami lepak makan kat Anitas. Tapi dah tukar nama ke Restoran apa benda ntah. Aku lupa. Jumpa SY kat situ sebab makan ikan hasil pancingan dia Ahad lepas. Tak pernah lagi merasa ikan Raja a.k.a Peacock Bass weehhhh! 
Bawak ikan pancingan ke Anitas and upah depa masak



Aku dah penat sangat, so lupa apa nama masakan. Sekor buat masak 3 rasa, sekor lagi aku tak pasti. Nampak kaler sama, tapi masakan berbeza. Lastly, taukeh Anitas suruh bayar harga air je. Lain semua free! Alhamdulillah, rezeki. Maybe sebab SY selalu lepak situ.

Esoknya, kami check out and jalan-jalan sekitar dulu nak snappy. Sesia la budak Shark bawak DSLR tapi terperap je kan? So, moh le kita jenjalan area Plan B tu. 
Di sebalik tabir orang yang buat kerja pembersihan sebelum tetamu datang

Aku banyak snap gambar deme je. So, tak boleh nak tempek kat sini. Hahahaha! Korang yang belum pernah sampai, Plan B ni cafe hipster lepak makan dan minum. Attached pulak dengan hotel and gerai kecik-kecik lain. Cantik untuk ambil gambar. Cafe area sini dibuka dalam jam 10 pagi. Waktu kami jalan-jalan ni, baru jam 8 pagi. Masih belum ramai orang. Tiada gangguan photobomb la... 
Dataran Dato Sagor

Majlis Bandaran Ipoh

Station Keretapi Ipoh
Orang belum ramai
Menarik nak OOTD
Jom give a walk?





Buka jam 10 pagi

Baru nak try test uji makan kat Rahamath. Belum buka daaaa.... awal sangat kami sampai ni! Haizzzz! So, kami nak ke Suhaimi Cafe! Sorry! Selasa kedai tu tutup! Hahahaha! Kesian Shark.. teringin nak makan roti titab katenye. Takpe, kita jalan-jalan area food court Dataran Dato Sagor pulak eh? Tengok apa yang menarik?
Ada banyak pilihan makanan
Hari dah menginjak terik ni

What's next? Jom kita p makan kat New Hollywood pulak eh? Budak Shark nak cari jugak roti goyang dia. Memula aku dah gugel nak ke Vanggey je. Tapi macam tak menarik pulak. Thats why terus tukar plan lepas Suhaimi Cafe tutup. 
Chi cheung fun
Roti telur goyang
Dry wantan mee (mushroom)

SY ordered roti canai telur. Dia dah ngap dulu sebelum aku sempat snap gambar. Hahahaha! Perut lapar lepas jalan kaki sana sini sebelum makan. Berbaloi makan lepas penat. Sebab licin kami sapu!
Then, masanya kami called SY suh bangun! Liat bebeno! Haizzz!

Lepas ambil SY kat rumah, then kami terus ke Istana Kellie. Tak jauh pun dari rumah dia. Kami pun nak chase sebelum tengahari. Panas membahang dah ni.



William Kellie Smith
Lengang




Tak ramai orang? Yeeeyyyyy! Ni kali kedua aku ke sini. First time tahun 2015. Belum berkecimpung dalam dunia blog lagi. Panas dah mula menggigit kulit ni. Aku letak gambar Kellie's Castle kat instagram, kengkawan aku komen semua bab hantu! Alhamdulillah, tiada gangguan di sini ye adik kakak sekalian. Heheheh!


Baju terang, impak gambar mesti lagi cantik
Shark




Level bilik-bilik
A bit scary

SY
SN with Shark








Hari yang indah

Berbaloi tak datang ke Istana Kellie? Depends tujuan korang ke sini. Kalau nak belajar pasal sejarah, silakan. Jaga tata susila sebagai seorang manusia. Jangan buang sampah. Hormat tempat orang. Kalau korang tak percaya hal mistik sekalipun. Toilet bersih, cuma bawa tisu sesiap. Nak makan? Better cari kedai kat luar. Setakat nak bawa minuman, bawa je. 

Bagi aku, Istana Kellie ni cantik sebelum banyak bahagian istana yg roboh. Untuk harga RM5/person berbaloi, sebab depa nak maintain pemuliharaan istana. Hari minggu, confirm lebih ramai sebab pengalaman aku 4 tahun sudah. 

Perut pun dah lapar. Moh kite!

Comments

Popular Posts