Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar, Taipan Setia Alam
Assalamualaikum
Selamat pagi!
Bermulanya hari ini, di bulan November! Trip aku ke Bandung dengan geng teknik, terpaksa dibatalkan. Dapat refund airport tax jela nampak gayanya. Nak tukar date, aku rasa tak berbaloi. Ayah kawan aku masuk wad. So dia pun hati tak tenteram. Kami decided, cancel.
Oleh sebab itu, JJCM serata ceruk yang mampu jela kat area Klang Valley ye? Padahal, aku dari Setia Alam City Mall betulkan brooch. Heheheh! Then, MF ajak singgah try test uji makan kat restoran area Taipan ni.
Bismillah....
Ni la dia port makan kami tengahari Ahad ini!
Kedai nampak santai dan selesa. Bagi aku ada pro n cons jugak la. Sebab aku tak suka kambing dan tak makan binatang 4 kaki. Maka, macam biasa, aku makan ayam jela. Mujur beliau hanya punya 2 kaki sahaja. Huhuhuhu!
Masuk kedai, cari meja. Then pegi beratur kat kaunter. Order situ apa yang korang nak makan. Menu? Ada set kari kepala ikan, kalau tak silap aku, RM10. Yang lain-lain, aku tak pasti. Aku terpaksa zoom nak snap gambar menu ditampal kat dinding tu. Pari bakar RM12, Tilapia bakar RM7.50, Cencaru bakar RM5, Ayam bakar RM7.50, Nasi putih RM1.
Set kambing bakar |
Hambar |
MF kata, kambing bakar tu sedap. Aku share experienced dia jela ye? Set kambing tu terhidang bersama sup, air dan nasi. Ayam bakar tu keras. Hambar. Specialty kedai ni kambing, so unfair la aku nak kata semua lauk kena sedap. Heheheh! Terserah korang dan tekak masing-masing.
Total 2 orang |
Comments
Post a Comment