Gong Xi Fa Chai!
Xin Nian Kuai Le!
Cuti panjang dari 25-27/1 ni korang ke mana ja? Kami plan ke Pulau Sibu, Johor! Dah beli pakej under MATTA Fair bulan 9 lepas. Untuk harga dewasa, RM388/person untuk 3D2M termasuk boat transfer, 2x Lunch, 2x Dinner dan 2x breakfast. Sila bawa bersama makanan tambahan kot korang lapar kelak.
Dari Semenyih, kami ikut jalan lama, melalui Muadzzam. Smooth je, tapi spooky la kalau sebuah kereta je. Kami ke sana, 2 buah kereta. Takde la takut sangat gerak jam 4 pagi dari Semenyih ke Terminal Jeti Tanjung Leman.
|
Apa lagi? Moh singgah! |
Kami selamat sampai di Masjid Muadzzam dalam jam 6.20 pagi. Then, lepas solat kami terskan perjalanan ke Pekan Rompin. Sebab aimed nak makan kat Nasi Dagang Sungai Puteri tu. Last aku makan kali pertama, waktu nak ke Tioman dulu.
|
Nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak, laksam |
|
Nasi Lemak ayam masak merah |
|
Nasi dagang Ayam rendang |
|
Nasi Lemak ayam rendang |
|
Nescafe tarik kaw |
Buffer makan sejam je sebelum kami teruskan perjalanan ke Tanjung Leman. Uiihhh... Lagi 2 jam 30minit gak nak sampai.. Fuhhh! Kenapa tak ikut highway? Sebab Ayen baru je balik dr Sydney, so nak bagi dia chance jalan-jalan kampung dulu. Korang akan melalui Tanjung Gemuk, Mersing dan seterusnya Jemaluang untuk ke Terminal Jeti Tanjung Leman. Agak jauh sebenarnya. Tapi kami gigihkan jua. Letih ngantuk semua ada.
|
Bayar RM4 untuk hari pertama |
|
Hari kedua, RM4 dan hari seterusnya RM8 |
|
Tebus email pakej kat sini |
|
Room F17 & F18 |
|
RM5/person (Malaysian) |
Bayaran tambahan, pengurusan operasi RM5 dan Taman Laut, RM5, jumlah RM10/person (Malaysian). Untuk non-Malaysian, harga lain. Oleh sebab kami dah selamat sampai kat sini jam 10.20 pagi, boat datang jam 11.30pagi, sempat la rehat kejap. Cuaca pun panas elok je ni. Harap air tak bergelora. Kang muntah kat dalam boat pulak!
Tepat masa, boat pun sampai. Korang bagi semua luggage korang kat petugas tu. Loading beg dulu sebelum load korang! Hahahah! Jangan lupa jaket keselamatan. Aku dah tak sabar nak check in pastu lena ni. Dah pening kepala tak cukup tidur. Dari jeti ke Sari Pasifica ni, ambil masa dalam 30 minit.
|
Loading with Kubota atau Kancil |
|
Trip kali ni, ala-ala National Geographic |
|
Siap ada jadual makan |
|
Ke lobi |
Bilik ready at 1.40pm, dan kami tunggu masa lunch dulu sebelum landing! Penat tak hengat dah! Ohhh... Oleh sebab pengurusan baru di Sari Pasifica Beach Resort & Spa Pulau Sibu, maka agak chaos sket. Bilik pun old season, bedsheet agak berbau. Memang tak nampak langsung gaya resort tu. Maybe after this time, dah ada pembaharuan.
|
Kami datang time monsun |
|
Sayup-sayup Pulau Tinggi |
Rehat jap, sebelum sambung aktiviti mandi di kolam! Ombak di pantai berpusing-pusing. Aku bukan reti sangat berenang pun. So, main kat gigi air je. Jam 6.40 petang, kami keluar dari kolam ke jeti resort untuk snap sunset. Hasilnya, memberangsangkan. Wadduhhh! Cakep banget!
|
5 cucuk sekali Q |
|
Makan sampai kenyang |
Selesai sudah day 1 kami di Pulau Sibu. Oleh sebab kami datang masih lagi dalam musim monsun, maka tak banyak aktiviti yang kami boleh buat selain tidur! Line internet pun tak berapa nak on kat sini. Kena lepak kat jeti resort baru la full coverage.
Esok, misi nak jalan-jalan ke kampung nelayan beli makanan. Lapar teruk kat sini. Padan la kami tak bawa bekal langsung! Cisss! Lupa!
Comments
Post a Comment