Zoo Negara, Kelate Kitchen
Assalamualaikum guysss!
Harapnya sihat walafiat selalu!
Sekarang negara sedang dilanda virus influenza A. Harapnya korang jaga diri baik-baik ya?
Tajuk kali ni, aku nak share tentang Zoo Negara, Kuala Lumpur. Selama hidup, rasanya 3 zoo je aku pernah lawati kat Malaysia ni. KL, Taiping dan Melaka. The most cun, mesti la Zoo Taiping! Hehehehe! Maybe sebab ambiance yang lebih santai dan asyik kot? I don't know? Terserah kriteria masing-masing.
Kita yang dah besar ni, nak ke Zoo? Ehh... Why not? Jom aku share apa yang menarik di Zoo Negara, Kuala Lumpur ni. Extra info, korang boleh main ATV kat Kemensah belakang Zoo Negara ni, atau mendaki ke Bukit Tabur. Dah dekat tu!
Aku beli tiket under klook.com, lebih murah dari online under website Zoo Negara itu sendiri. Jangan tanya aku kenapa klook lebih murah. Aku takde jawapan. Hehehehe! Nanti terus ke kaunter 6 untuk online booking. Then cashier akan mintak semua IC yang tertera kat booking tu. Parking, RM10/entry.
Take note |
Sewa wheelchair, stroller |
Deposit RM50 dikenakan |
Are u ready? |
Dah stretching lebih kurang, jom masuk ke Zoo Negara! Ini kali ke 4 aku datang ke sini since darjah 6! Tu pun rombongan sekolah! Biasalah... p Kolumpo ajet masuk zoo dah hebat!
Tram Counter |
Kita jalan-jalan amik gambar dulu |
Oh, kami sampai sini jam 10 pagi sebab nak chase Animal Performance at 11am. Belah petang, rasanya jam 3. Sempat la kena tarik amik gambar dulu. 6 pakej gambar dengan souvenir, RM180. Mak aaiii... Bagi yang ada duit tatau nak buat apa, boleh beli pakej tu. Heheheh! Naik tram, dewasa RM8 dan RM5 untuk kanak-kanak dari 2-12 tahun.
Keceriaan zoo, so-so. Sebab lama dah zoo ni. Kalau dinaiktaraf atau dibaikpulih, maybe lebih umph! Ramai je foreigner masuk zoo ni. Animal performance dalam 45 minit. Dah takde orang menari-nari macam aku datang 3 tahun lepas. Cut cost kot? Korang boleh bagi walabi dan rusa makan. Aku lupa nak snap gambar. 1 bekas tu seikhlas hati, aku bagi RM5. Makin banyak kau donate, makin banyak bekas untuk bagi makan kat haiwan, kau boleh ambil.
Dengan terik camni, singa dan harimau memang tidur jelaaa... aku malas nak snap gambar sebab tak teruja. Setakat nak bakar lemak jela jalan-jalan kat sini. Hehehehe! Saja nak recall kot ada benda baru. Panda pun aku tak pegi sebab sama je pemalasnya. Sorry, tak husnuzhon kali ni. Hahahah!
Dah jam 2.30 petang. Perut dah lapar, kami decided nak makan kat Setapak. Dengan panas membahang ni. Moh kite make kat Kelate Kitchen! Kawe dop sempat snap banyok gambar deh! Lapa!
Beratur bohhh |
Snap ja.. |
Nasi Kukus |
Nasi Beratur |
Teh ais madu |
Comments
Post a Comment