JJCM Johor Bahru: Day 1

Hallllluuuuuuu!
Korang dah lapar eh? Okeeh! 
Jangan buang masa, jom aku share tempat makan yang agak menarik mengikut perkiraan dak HF! Sebab dia yang studied pasal pot makan ni! Aku ngan NH ikut je!

Trip 2D1N ni kami started dr Semenyih ke Alor Gajah sebab tumpang rumah HF tido Jumaat malam lepas keje. Then pepagi, kami breakfast dekat dengan highway AMJ.



HF tamak nak beli putu mayam ni

Sambal sotong ni sedap masyaAllah!
Sambal ikan bilis pedas
Kuah kari yang lasat
Roti Arab


Kudap-kudap

Memang recommended kalau korang ke Alor Gajah, Melaka untuk breakfast kat Warung AMJ ni. Sis bagi 4.5 bintang! Yeeeyyyy! Kenyang perut, ayuh kita gerak ke JB! Dah dekat dari AG dah. So, kami singgah buang masa kat JPO dulu. Aku beli barang kat Sasa, while NH dengan HF dah hilang ke mana dah? Sejam je kami kat JPO sebelum kami decided terus ke Murtabak Majid Special Cheese pulak.








Jangan tamak amik kuah tu..

Sedapnya murtabak cheese ni!

Kami nak order lelebih, risau perut tak muat. So, kami order 1 je untuk kongsi bertiga. Kebetulan murtabak spicy takde lagi. Makan ni pun dah sedap, tak sure kalau murtabak jenis lain pulak. Recommended! 

Tak lama kemudian, perut tak sempat hadam murtabak, kami sambung p makan lagi! Perut HF ni aku tatau la spesis apa? Haiyoooo! Dia nak jugak pegi tengahari ni! Selang 20 minit, kami selamat sampai... Nasi Ayam Kee Chup! Berhadapan Johor Convention Center. Parking je kat area kedai atau ada tempat parking depan hotel. RM7/entry.







Sorang cari tempat, 2 orang beratur kat sini 

Jangan lupa bagitau berapa pinggan yang korang nak? Sebab kami sangka main amik je pinggan atas meja tu. Rupanya telahan kami salah. Dah angkut nasi, baru brother nasi tu cakap, tu orang lain punya. Malu siot! Tapi kami dah sorry la lepas amik tu. Sepinggan RM13. Ke RM12 eh? Aku pun dah lupa. Hehehehe! 


Then, lepas makan, kami jalan kaki ke KOMTAR. Apa ada kat situ eh? Mall jela? Nampak macam konsep kat KOMTAR Penang. Siap ada The Top semua tu jugak la. Tapi kami tak naik pun. Sebab berjalan kaki ni semata-mata nak bakar kalori. Build up the metabolism. Kenyang wooiii!

Kami check in kat JO Hotel. dekat je dengan Amari Hotel and KOMTAR tu. Walking distance je nak ke Bazar Karat Jalan Segget. Sepatutnya SF ikut trip kami, tapi dia demam virus, so kena kuarantin dok umah dendiam. Hahahah! Kesian beliau! Musim Corona Virus ni... bahaya nak bawak dia gak. Hotel ni aku booked under Agoda. Dapat la RM183/night dan kemudahan sangat memberangsangkan walaupun hotel lama. 








Kami rehat dalam bilik while HF keluar g cari kedai bakery sebab nak chase nafsu makan dia! Hahahaha! Teruk budak ni! Mencekik je keje beliau! Pastu salahkan timbang sebab berat tak ikut piawaian dia! Ceh!

Malam, kami ke Nasi Bubur pulak kat Dataran Larkin. Bagi aku, bubur je best, char koew teow hambar (ofkos aku compare dengan hat Penang nuuuu) dan kerang bakar sedap.

The price
The air

Kali ni, kami order banyak jenis sebab nak rasa lebih banyak jenis makanan. Sebab kat JB ramai gila makanan lain. Huhuhu! Konsep jangan tamak dah tersemat dalam kepala otak since Nasi Ayam Kee Chup tengahari tadi. Sebab personal opinion, ada nasi ayam kicap yang lebih sedap dari tu.
Set bubur: RM7
Hambar


Sate ayam keras sket, sate kambing ok
The total

Then, kami balik hotel untuk park kereta nak berjalan kaki bakar kalori lagi ke Bazar Karat Jalan Segget. Jarak dari hotel, 900 meter camtu. Malam hari ni, area tu ramai kupu² malam tau? So, hati-hati kalau korang jalan dengan rakan perempuan. Even kami bertiga pompuan, kami ada NH sebab dia garang? Hehehehe! So far, depa tak kacau kami pun. Sebab laluan tu terbuka, dan banyak kereta.









Kami round sini tak sampai sejam pun. Bosan jugak! Hahahah! Then, balik hotel kami mengada naik Grab. RM6 dari HSBC ke JO Hotel. Done bab tu, naik atas mandi then tido! 

Comments

Popular Posts