Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Perak
Assalamualaikum!
Salam Thaipussam!
Sempena hari cuti Thaipussam jatuh hari Sabtu yang sepatutnya aku kerja, maka, aku ambil kesempatan ni berlibur secara santai dan konon bagi alasan rindu pantai! Hahaha!
So, pilihan ke Swiss Garden Beach Resort Damai Laut area Segari ni bernas selain aku malas nak bersesak ke Swiss Garden Kuantan, Pahang. Carian di agoda showed, sebilik (king deluxe) RM235 termasuk breakfast for two! So, apa lagi? Ayuhhhh booking!
Silap besar kami ikut jalan lama nak ke Lumut ni. Ikut highway mesti lagi smooth! Hahahah! Banyak jalan ditutup sebab nak bagi laluan kavadi ke kuil! Huhuhuhu! Sempat la singgah makan di Abah Ikan Bakar Sekinchan tu. Not bad! Tepi jalan je. Lepas 3 jam setengah perjalanan, kami pun selamat tiba ke destinasi. Agak jauh ke dalam nak sampai resort ni.
RM2/bekas untuk bagi ikan-ikan makan |
Urusan check in smooth, even ramai orang baru nak check in waktu kami sampai. Welcome drink pun ada. Then staff ada offered us makan malam kat Restaurant situ (aku lupa nama) RM80/person seafood buffet. Kanak-kanak dan warga emas, RM40/person. MF nak cari makan kat luar. Aku ok je. Segala aktiviti pantai, resort bagi kat outsource. Korang nak charter boat dari resort ke Pulau Pangkor pun boleh. RM80/person return. Kanak-kanak RM40/person return. Banana boat, ski, menunggang kuda, ada kat Sport Fun area.
Yearghhhh! |
Swiss list |
Kami warganegara rajin, so makan kat luar |
Kami rehat sejam kat bilik, sebelum turun nak main air kat pool! Mesti la best! Even ramai manusia dalam kolam, tapi diasingkan dengan tempat cetek dan agak dalam. I think 1.5m untuk kedalaman paling dalam.
Gambar aku selalu senget benget laa... aduhai! Masalah silau and rabun mata makin teruk ni! Adeeeh! Atau aku tak peduli pun waktu snap tu? Hahahaha! Janji korang boleh tengok view, cukup la kan? Waktu aku turun ke pool ni after Asar dalam jam 5.15 petang. Aku lepak mandi kolam sampai jam 6 petang pastu aku naik nak ke bawah pulak.
Dah penat aku layan hyper lapse kat tepi pantai, so aku jalan-jalan sorang kat situ. Air laut berbau. Tu yang aku malas nak layan laut Selat Melaka tu. Tapi, apalah dayaku, bajet bukan banyak sangat pun. Setakat mampu je ni. Huhuhuhu! Sunset pun main aci nyorok! Mencikkk!
Malam, kami keluar makan ke Lumut area waterfront tu. Aku buat carian kat google la.. apa lagi? Tengok mana restoran yang reviews awesome, kami terjah! Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai.
Kengsum ikan siakap |
Seafood bakar RM15 |
Udang goreng tepung yang lazat |
Megi tomyam |
Aktiviti wajib kalau kat Lumut Waterfront ni guysss! Mesti la beli kudap-kudap! Tapi aku pandang sepi je sebab tak minat sotong bergula. Best lagi sotong pedas masa aku p Kim Yong Market Hatyai dulu tu. Hahahaha! Nanti aku usha kat Shopee jela?
Esoknya, kami breakfast kat resort je. Untuk tambahan kanak-kanak dan warga emas, kena tambah RM15/person. Not bad! Makanan pun setakat nak isi perut dari lapar. Bajet masa korang sebab time kami datang jam 8 pagi, orang dah mula memenuhi meja makan. Lauk pun ada yang dah habis. Jangan risau, nanti chef top up.
Sekian dulu cerita aku 2D1N kat Swiss Garden Beach Resort Damai Laut ni. Korang boleh tengok kat agoda atau website atau mana-mana web yang korang sukai. Compare harga tau? Sebab aku under agoda-Celcom, so ada 8% rate lagi.
Selamat bercuti!
Comments
Post a Comment