Grand Hyatt Kuala Lumpur

 Assalamualaikum and salam sejahtera! 

Semoga kalian sihat walafiat bersama orang tersayang! 

Mood dah balik dari bercuti, mestilah berkembang je kan? Me time la konon... Padahal sampai rumah je, new norm rasa penat takleh blah! Nak mandi pun terpaksa seret diri sendiri! Hahahah!

Okay, staycation kali ni, kami ke Grand Hyatt Kuala Lumpur. MF called nak early check in. Lastly, sampai hotel pun jam 3.20 petang jugak. Cet! GH ni berdepan dengan Hotel Impiana. Nak jalan kaki ke KLCC dalam 10 minit je. Kalau korang jalan laju, 5 minit dah sampai. Jalan kaki, sebelah kanan korang akan nampak Mandarin Oriental Hotel. 

The hospitality in the hotel memang best and umph! Nak check in ada 2 pilihan. Kat lobi bawah atau di sky lobby. As a guess, parking kat bawah just guna T&G je, then boleh claim kat receptionist untuk free parking. No worries! 



Urusan check in, smooth. RM900 as a deposit. The staff memang caring habis and friendly. Kena tukar lift bila sampai ke sky lobby. Then, jalan ke kiri, masuk kiri lagi untuk access ke bilik korang. Macam kami pilih non smoking level, so korang yang nak smoking, boleh pilih smoking level la. Make it short, Level 32, here we go! Bilik dari Grand Deluxe ke Grand Suite! Rezeki!





















Okay, dah jam 4.15 petang. Nak mandi, memang kena ikut SOP. Dalam satu-satu masa, hanya 21 orang dibenarkan berada di dalam kolam dewasa dan kanak-kanak. Kedalaman kolam, 1.2m untuk kolam dewasa. Sila pakai swimming attire. Aku kena rejected sebab pakai tracksuit. Cedih! So, nak bawa hati ke Esse Spa. Penuh pulak! Double sedih! Naik atas, mandi dalam oval bathtub jela. 
Level 2






Lepas mandi berseorangan di dalam bathtab, jam 6 petang kami ke Suraya Seafood Kampung Baru. Jalan kaki dari GH ke sana melalui KLCC dan Saloma Bridge. Baru la boleh acah traveler kental kan? Kalau kat luar negara okay je jalan jejauh? Kat Malaysia jadi culas namati! Huh! As usual, kena ada penghibur, so aku ajak AB join the dinner. Balik, kami lepak kat Thirty8. Nak snappy, handphone aku tak high profile snap malam. 
Esoknya, sarapan at level 38. Kalau nak view cantik, sila datang awal nak dapatkan tempat view KLCC. Aku pulak, dapat view Pavilion pun dah ok. Sebab mood pagi ni, mendung. Jangan KL banjir dah le! Makanan memang ada banyak pilihan. Sedap pulak tu! Tak sesia bayar mahal. Heheheh!






















Comments

Popular Posts