Stay at Royale Chulan KL, Meet up mencekik at Ben's KLCC and PAUL Pavilion KL, Masjid Seri Sendayan

Chak?

Hi guys! Hopefully you are doing well and stay safe wherever you are. I'm good! Alhamdulillah! By the way, let's manage our time well, dari bebel kat sini, then direct to the point ikut tajuk je eh?

Well, ni kali kedua kami menginap di Royale Chulan, Jalan Conlay KL. Dekat je dengan Pavilion KL. Rajin menginap kat hotel pun sebab promo. Better korang usha website hotel untuk dapat rate yang lebih awesome. Kali ni, aku booked bilik jenis Studio Apartment pulak kat RC ni. Bezanya, takde bathtub la! 








Kali ni, malas nak snap gambar banyak sebab dah pernah shared pasal hotel ni 25 Julai lepas. So, under website RC sendiri, Studio Apartment ni RM264 with 2 breakfast. Kalau bawak anak, kena tambah RM30/person. Puas hati masakan kat sini. Sedap! Kalau parking kat bawah, token tu nanti just bagi dekat receptionist and park for free. Then, agenda aku kali ni, nak meet up kawan Teknik aku dulu kat KLCC, naik Grab RM7 terus ke pintu masuk Suria KLCC. 

NZ dah queued kat depan Ben's Restaurant level 1. Aku follow je selera dia sebab dah 5 tahun tak jumpa since open house raya dulu. Ada 3 zone kat dalam Ben's ni. Aku pun tak snap banyak sebab nak jaga privasi orang.











Biasalah... bila lama tak jumpa, tak peluk cium kaaan... Cerita dari hal dalam dorm sampai la sekarang. PKP ni, membantutkan urusan kami nak travel jauh. Heheheh! Keep aside jap. Kang mula la rasa tak syok sebab takleh nak fly overseas. Sobbs! Last travel sama, 2013 ke Bali. Then, makanan sampai.



Mee Kari



Phad Thai

Sedap la pavlova berries depaaa!

Kami dah takde punca nak ke mana. Memula aku plan nak ajak dia jalan kaki ke Saloma Bridge pastu makan di Suraya, tapi macam kenyang lagi. Then kami ke Pavilion KL je sebab dia pun nak cari barang. Save your budget. kita bakar kalori dulu eh? Jalan kaki dari KLCC ikut Aquaria tu terus ikut pedestrian walk to Pavilion KL. Dalam masa sama, aku msg AB ajak join sekali. Kami 1 batch yang sama waktu studied kat Teknik. So, boleh la besarkan sket circle budak NZ ni. Heheheh!

Settled barang yang nak dibeli, kami jumpa AB kat Paul Pavilion. Walaupun tekak aku nak Mocha Starbucks, tapi tak best pulak lepak lama-lama peak hour. 







Esoknya, aku ke Masjid Sri Sendayan lepas check out RC and lunch kat Sambal Hijau, Sungai Penchala. restoran tu pun aku dah reviewed aritu. Sedap! Banyak pilihan lauk. Cuma nak parking je susah sket. Then, aku malas nak balik rumah lagi langsung ke Masjid Sri Sendayan! Wow! Cantik! 





Sorry guys, takleh nak snap bahagian dalam Masjid sebab aku uzur. Aku main kat luar ni je. Heheheh! InsyaAllah, ada rezeki datang lagi, boleh share ngan korang bahagian dalam pulak. Bahagian tandas dan wudhuk muslimin (lelaki) dan muslimat/muslimah (wanita) ada dekat dengan kawasan letak kereta. Jauh jugak nak berjalan masuk untuk solat. 

Tazkirah:
Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain, kerana kita tidak tahu di manakah saat hati kita ikhlas melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang, serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima. Selalu letak diri kita dalam keadaan “aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik." 

Comments

Popular Posts