The Majestic Hotel, KL & Little Rara Thai Noodles House
Chak? Sihat kah itu? Hopefully U are doing fine, healthy wherever you are! Take care of yourself ya?
Kesempatan ni, aku nak share ngan korang 2D1N kat The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Tapi, aku lupa bawa hp charger which was I can't snap many pictures! ~Sigh!
Tergopoh gapah sebab Grab dah tunggu depan rumah. Nasib la charger laptop aku tak lupa! Kalau tak, nahas aku nak buat keje! Konon WFH but from the Hotel. Kikikiki! WFH gak kan?
Aku dapat room deluxe for RM307 termasuk tax and RM8.04 untuk phone charges aku guna sepanjang dok kat hotel. Yelaa.. dah hp lupa bawak charger kan? Kena la call by phone hotel. Hahah! Okay, just sharing whatever aku sempat snap jela eh?
Oleh sebab closing October, so a bit busy nak keluar jalan-jalan! Walhal sekitar The Majestic ni dekat dengan KL Sentral and station keretapi Kuala Lumpur. Nak shot gambar memang cantik! Magnificent city view, cuma petang tu hujan renyai. Nak keluar pun malas sebab nak jimat phone battery. Aku called recept, dia cakap charger Type C takde kekosongan. Nak tanak, terpaksa turun cas hp kat staff room. Lambat gak bateri nak penuh, aku nak sambung keje, cukup la sekadar bateri yang ada.
Petang, AB kutip ajak dinner kat luar. Then dia bawak aku tried Little Rara, Thai Noodles House dekat dengan Maju Junction, Singgang Kampung Baharu, Restoran Kudu etc la! Cuma time kami sampai, orang tak ramai. Maybe sebab musim PKPB ni kan? Ramai majikan allowed others WFH je.
Makan untuk 2 orang, sila jangan tamak. Oleh sebab nafsu makan tak sebusy nak closing, sebab dok teringat report yang belum dihantar je, then makan je ala kadar. Usha meja sebelah, nampak teh air macam sedap. Tapi, aku dah banyak kali terkena. Nampak sedap tak semestinya sedap! Hahah! Particular sket bab teh ais ni. So, aku just order air lain.
Okay, ni jela untuk setakat ni. Nak jimat bateri phone. Jagung bakar tu sedap, 2 tongkol jagung dipotong-potong camtu. Puas nak gigit makan. So, korang yang dating tu, boleh order selain jagung kot kalau segan nak ngaaaap depan kekasih hati! Boleh order banyak, tapi kongsi berdua. So far, makanan kat sini so-so. Maybe tak kena dengan high expectation yang aku selalu dok tengok ramai orang beratur atau my unlucky day hari ni kot? Ntah? Korang rasa sendiri eh?
~Selamat ber'pantang PKPB guys!~
tomyam maggie tu sedap gile kot! lepas tu confirm check in toilet haha!
ReplyDelete