Wild Coriender, Asian Local Food, Melaka

Assalamualaikum! Korang sihat ke tu??? Dah penat jelajah Selatan? Ohhh tidak.. belum habis meninjau peta topologi daerah Bandar Dihilir ni. Meh aku shared ngan korang tempat makan yang agak sempoi dan awesome dari segi presentation makanan, rasa dan feeling yang ada kat kedai ni. Perlu diingatkan, luar je kokak, kat dalam Wild Coriender Restaurant ni, dah macam feeling tinggal kat rumah baba dan nyonya tau?














Okay, dah ready nak tengok menu pulak? Oleh sebab kami berdua, menu haruslah bersesuaian ngan perut gak ni. Sarapan tadi dah baham nasi lemak. Jom check it out!












Perut dah kenyang? Jom kita bakar kalori pulak! Let's jalan-jalan menyelusuri Sungai Melaka yang airnya berubah since PKP aritu. Waahhh... Nampak ikan-ikanan! Takjub betul ni! Hahahaha! Nasib la mendung je. Tapi still panas! 



















Tenang je jalan-jalan cari ilham kat sini! Covid ni buat semua orang susah! Aku boleh conquer all the way mural kat sepanjang sungai Melaka ni sebab tak ramai orang. Rasa bosan gak tak ramai. Hahaha! Dasar manusia tak reti bersyukur! Heheheh! Parking kat area Melaka, kena pakai kupon. Tapi tadi aku nak beli kupon parking kat kedai, katanya Isnin dan Selasa tak perlu kupon. Cadang tu, nak makan nasi ayam kepal, tapi dah kenyang sangat ni. 

Bagi yang belum pernah ke Melaka, especially pencinta makanan macam aku, jangan lupa try makan kat Wild Coriender tu eh? Mee Siam dia biasa je, tapi Pandan Salted Egg Custard tu memang sedap! Wild Coriender Laksa pun sedap. Rasa berlemak same goes to pie tee. 

~Semoga bermanfaat!~

Comments

Popular Posts