Ruma Puteh, Taman Tasik Titiwangsa
Hi guys?! ****Sambil lambai-lambai tangan!
Di kesempatan yang permai ini, jom kita try makan di Ruma Puteh, Taman Tasik Titiwangsa. Dekat je dengan Istana Budaya and of course Taman Tasik Titiwangsa! Korang boleh walk in atau booking meja awal-awal. Macam aku, AB dah siap tempah untuk kami santap tengahari ni, slot jam 1 tengahari. Restoran ni, di kawasan perumahan, so nak cari pun senang. Parking jela payah sket. Restoran mula beroperasi dari jam 11 pagi. Plan your time, okay?
Pandai la korang cari parking, then boleh Q kalau just walk in. Macam kami, sebab dah booking, so table memang cepat je tambahan pulak ni hari Jumaat dan bukan weekend. Time orang rehat la.. Heheheh! Jom kita check it out apa menarik kat sini eh?
Daaahh... kita layan menu apa yang ada dan gambarajah makanan. Aku dah lapar ni. Untuk orang yang suka OOTD, warna-warna terang amat membantu sebab background biru dan putih. Oleh sebab aku hanya datang untuk makan, dan niat nak share with korang, then aku snap lebih kurang je. Segan nak lelebih ganggu privacy orang.
Overall, makanan biasa saja. Maybe viral sebab banyak selebriti yang dah sampai kat sini. Atau maybe sebab kami makan makanan kampung tapi western sedap? So terpulang citarasa memasing. Boleh masukkan dalam wishlist korang untuk OOTD cum berlibur kat Taman Tasik Titiwangsa.
~Selamat menjamu selera~
Comments
Post a Comment