Tugu Negara, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Sorry! Bau peluh lepas jogging masih terasa, play like a tourist di negara sendiri. Haizzzz! Many to explore guys! Ada banyak memori yang kita boleh recall back dari zaman bebudak sekolah ikut rombongan ke Kolumpo. dan aku antaranyalah! Mercu tanda KL masa tu, Bangunan Parlimen, Tugu Negara, and bangunan Tabung Haji! 

Kesempatan Skywalk FRIM masih ditutup pagi ni, then on the spot otak ligat fikir mana nak p pepagi ni? Nak main ATV kat Kemensah, aku tak ready dari segi fizikal. Malas nak mandi wangi-wangi lepas tu pulak, so turn 180 g joging jela? Kat mana? haaa.... Moh layan gambar!













Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir AustriaFelix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di VirginiaAmerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Aku copy and paste jela? Kalau korang belum jejakkan kaki ke sini, boleh la datang. Masuk adalah percuma. Lepas lepak kat sini, boleh g Taman Botani pulak. Just accross the road. Nak g Taman Burung, Taman Rama-rama pun dah dekat. Walking distance je kata omputeh!











Aku rasa macam nak rembat je bunga orkid kat sini! Hahahah! Elok je subur? Mai tang tanam sendiri, terus kiok, lalu meninggal! Cis! Baja apa yang ente pakai?





Then, dah penat jogging kat sini, (ele, tak lama pun...) lalu sebab kami nak g mencekik kat Tanglin je! Hahahaha! Jangan terpedaya dengan pakaian seragam nak bersukan ni eh??? Aku lapar dah ni. Penat dah melangkah 5000 steps area ni sesaja. Nak adakan stamina ingat senang? Tidak untuk aku! Sobbbss!






Kedai makan ni dekat dengan Nasi Lemak Tanglin dan Ikan Bakar Tanglin. Tapi kedai yang kami singgah ni belakang gerai yang aku sebut tadi. Nasi goreng dan koteow goreng simple, rasa tak rasa dan kopi ais memang padu habis! 

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan kaki kami ke Dataran Merdeka pulak. Jauh oiii berjalan? Who says? Nehi kabinehi! Dekaaaaaaattt je! Sempat la singgah toilet pastu sambung berjalan! Kata nak jadi pelancong kan? Jalan kaki is the best moment ever! 














Aku nak sambung jalan sampai ke SOGO, tapi lupa... Tadi bawak duit RM50 je keluar dari kereta. Dah habis makan kat Tanglin, RM2+ je bersisa. Hahahaha! sedih! Baru nak merasa ekon even tak sedar diri dah bau kepam! So, jom kita ke OU! Hek!

Comments

Popular Posts