Restoran Cili Kampung, Hartamas

 

Chak? Hi guys! Lapar ke tu? Nak try masakan utara dan harganya berbaloi untuk diterokai bersama keluarga atau yang tersayang? Let's try makan at Cili Kampung, Plaza Damas, Hartamas. Kenapa aku letak Plaza Damas? Sebab kami parking kat area dalam tu. Then kena keluar dari mall tu pulak nak ke restoran ni. Jenuh la mencari! Rupanya kalau dari jalan besar, kedai tepi jalan je! Plot Dorsett Hartamas, then korang boleh nampak kereta parking di bahu jalan! Nak lebih selamat, parking je dalam Plaza Damas tu.

Plan makan kat sini, setelah aku, SF dan SNA decided nak meet up kat mana-mana and SNA yang shared nak cuba makan kat sini. So, aku ajak AB sekali. SF bawak adik dia sebab nak tengok waze. Maklum, lepas keje kan? Jumaat pulak tu? Massive traffic is real!









SNA booking by online untuk kami berlima. Ada 2 slot je, 6 petang dan 8 malam. So, kami pilih 8 malam sebab risau sampai lewat. Masing-masing pun dari jauh. Then, sampai je terus pilih menu. SNA recommended masak lemak dan asam pedas. Here we go!


















Masakan bercirikan kampung tambahan lagi dari utara is my favorite especially sambal belacan tu. Perrghhh! Terasa nak balik kampung! Cuma asam pedas ayam tu sedikit masin. Masak lemak memang tip top sebab terasa kunyit hidup and daun kunyit tu. Siakap masak lemak memang padu! Boleh la repeat makan lagi lepas ni! 

Total makan, RM267.30 untuk kami berlima. So, berbaloi! Jatuh RM5+/person but the ambience is stunning cuma kawasan dalam kedai je terhad. Kalau ada gathering keluarga atau dengan kawan, better korang reserve sebab restoran tak besar sangat. 

Updated the extra menu on 19&26/12 kami datang makan again, sambal udang petai. Sooooo petai! Makan bertiga pulak kali ni, and masak lemak siakap tu tak sempat snap, settled by Teha! Hahaha! Plus makan kari siakap yang pekat melikat.




Kuah masak lemak tu pekat melikat, bak kata SNA dulu terasa kunyitnye and really worth to eat with friends and bonding with families. 

Comments

  1. Love Cili Kampung Hartamas!! Meals are tasty n huge potion with reasonable cost! Seeing your picture makes me want to eat it again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U should try at Cili Kampung Kuala Kedawang Langkawi (original) too if u are around! =)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts