White Water Rafting at Kuala Kubu Bharu

Chak? Korang okay tak tu? Sihat? Dah bersedia nak boost your adrenaline with water rafting? Haaa... korang tak perlu risau lemas ke apa... InsyaAllah, kalau korang patuh arahan instructor yakni orang yang lebih berpengalaman sama ada nak 'forward' atau ke kiri, ke kanan, ke depan atau ke belakang boat, maka, korang takkan jatuh ke dalam sungai!

I did booking under klook.com tapi pihak klook tak block the date sebab dah habis on that date! Hampa, kecewa, semua ada! Then, aku tried booking kat Gopeng pulak! Ada slot and kami kembali gumbiraa! Rupanya, kegembiraan tadi tidak lama. At night, agent msg me and bagitau klook tak block that date kat Gopeng jugak, slot jam 9 pagi, full boat and sekali lagi dirundung hampa! Aku tried tanya agent, slot lain takde ke? Kami beria nak date tu jugak! Sebab muka beria is real! Alhamdulillah, ada! Tapi slot petang jam 2. Aku tanya ahli lain, and depa setuju! 120% amik terus under agent! Raftasia, here we go! 

RM180/person with RM15/person untuk insurans, then RM195/person untuk dapatkan sensasi main air kelak! Slot dah ready, ayuh lakukan senaman ringan di bahu dan juga lengan! Yeaghhh! Refund dari klook, dapat lebih kurang seminggu bekerja. Janji dapat balik duit aku yang memula bayar kat Gopeng tu. By the way, harga under Klook lebih murah dari agent directly. Terserah anda nak pilih yang mana. Better terus under agent.

Nama agent kami tu, Mai. Then she did msg me meet up location kat Primrose Kuala Kubu Bharu (KKB). Oleh sebab forecast habaq hari ni hujan, maka segala kemungkinan agent batalkan rafting tu tinggi. Alhamdulillah, bacaan minda kami meleset! Air sungai naik, maka batu banyak tenggelam. So, aktiviti rafting kami, tidak sesukar slot pagi! Yeeehaaa! 

Selain rafting, banyak aktiviti yang korang boleh buat di KKB ni, antaranya ATV dan paragliding. Itu next time la buat. Sekarang kami fokus kat white water rafting dulu. Oleh sebab RM180 tu include makan tenghari, maka, lepar parking kete, kami terus beratur untuk makan! Bestnya makan tepi sungai. Aku tak sempat nak snap sebab semua barang tinggal dalam kete.Risiko nak bawak beg sendiri.





Worries not, lepas kita parking kete kat sini, bagi je kunci kat brother yang ditugaskan, then moh kite naik trak ke atas! Duration 4 jam sepanjang 7km! 4 jam tu termasuk briefing, benti snacking and practice how to handle the paddle. Kedudukan kita memang ikut Newton. Beban berat n ringan kena seimbang. Kalau boat dalam keadaan condong ke kanan sebelum terbalik, cepat-cepat ke kiri untuk stabilkan boat. Begitulan sebaliknya. Sama ada boat tak lepas batu menuju ke depan, kita kena gerak ke depan ikut arahan kapten. Jurumudi as our driver memang laju je buat keje. Orang asli suku Temuan yang jaga kami. Hujung paddle tu tajam, and boleh bawa mudarat kat orang lain kalau kita terketuk kepala orang lain. Silap haribulan, kena gigih, patah oiiii!

Level 1, 2 and 3 smooth je... Meh kita tengok next level! Bismillah! Oleh sebab kami seramai 7 orang, maka kami berpecah kepada 2 boat. Slot kami ni ada lagi geng 4 orang 1 boat lain. Total under Raftasia ada 3 boats. Under agent lain pun ada. Cuma depa gerak lewat dari kami. Let us conquered 1st ehhh? 





Then, kami berhenti kat 1 kawasan untuk setiap orang cuba buat body surfing untuk survivor kalau jatuh dari boat! Kawan aku, yang penakut air pun berani, inikan pulak aku n NH yang pernah buat canyoneering waktu kat Kawasan Fall, Oslob dulu kan? Tapi, tu dah 4 tahun lalu... Hahahah! Kena buktikan kat bebudak ni, kami pun mampu! Hahahah!

Korang yang berhajat nak buat terjunan tiruk dari batu pun, boleh bagitau kat instructor, kang depa standby kamera untuk snap video and gambar korang. 
Done our first white water rafting! Ianya meninggal 1001 makna dan kenangan buat kami. Seronok bila semuanya selamat! Hahahah! Next level, air sungai di Gopeng an level last at Grik. Laaagi mencabar sebab banyak rapid and batu!

Total dari jam 3.10 petang kami dah berada di sungai sampai la kami ke tempat parking, jam 5.15 petang! Memasing dah penat, and kami pun dah booking nak dinner at Bijan, Jalan Ceylon KL. Korang jangan risau, ada surau and bilik mandi disediakan. Jangan lupa bawak toiletries memasing jela. 

Semoga bermanfaat!
(^_^)Y

Comments

Popular Posts