Ladang Nira Napiah, Merbok

Haaaaiii ampa? Buat apa tu? Bosan dah tatau nak buat apa? Jom kita naik sampan kat sawah bendang nak? Tapi, kena tunggu turn la kalau ramai. So far kami sampai orang tak ramai sangat. Maybe sebab hari ni Jumaat kot? Aku agak jela.. Huhuhuhu! Kami ke Ladang Nira Napiah dari Paddy Field Homestay tu. Takde lah jauh mana. 














Waktu kat pintu masuk, terus order makanan apa yang korang nak, then cashier akan bagi no. No tu korang gantung macam gambar di atas supaya pelayan mudah nak kenalpasti korang kat meja mana. Sementara tunggu mi udang siap, aku, SF and Sharkie main sampan dulu. Heheheh!
Kombinasi warna langit, bendang dan tumbuhan main peranan. Kalau korang suka OOTD (outfit of the day), boleh plan warna yang membangkitkan gambar korang jadi naik dan lawa tau? Naik sampan is for free! Tapi atas risiko sendiri. Ada bunga teratai kat hujung kolam tapi belum berkembang. Nice la! Total makanan kami, RM69.






Comments

Popular Posts