Sunset Cruise with Crystal Yacht

Chaaaak? Mendung di Langkawi dan langit macam tak bagi kerjasama untuk aku dan yg lain menawan matahari terbenam pada hari ini! Kalau korang nak ke mana-mana lepas ni, sila rujuk Accuweather di google memasing ye? Harga tiket murah mungkin ada makna yang tersembunyi! Huh!

Dengan bayaran sebanyak RM240/seorang, termasuk BBQ, dinner dan sailing, untuk aku agak mahal sebab cruise ni tak pergi pun area Dataran Lang tu! Tapi, sebab ni kali ketiga aku join sunset cruise di Langkawi, tak kecewa sangat la. Untuk Korn dan Naz, derang mabuk laut! So, depa melena ja atas kapal tadi! Cis betul! Kami naik kapal dari Resort World, Tanjung Malai. Kalau korang nak jakuzi in Andaman, boleh bawak baju mandi dan towel sendiri ya? Ensure korang dah bersedia kat meet point jam 4.30 petang dan ready to board at 4.50 pm.

















Time ni aku layan jela ikan lompat kat permukaan air tu dengan harapan terjumpa ikan paus migrate ke Laut Pasifik! Hahhaha! Kalau nasib baik, boleh jumpa ikan lumba-lumba. Tapi kalau nak jumpa depa, pepagi je selalu melompat-lompat tu. Takpe, kita layan blues jela sambil merindu seseorang! =p







Korn dah pening. Tapi sempat lagi dia ambil makanan yang dia suka tapi tak jamah pun. Haisy! Sambung tidur! Orang tu dah mabuk laut. Kelihatan awan tebal mengiringi kami. Harap jangan hujan la sebab laut pun bergelora cuma gelombang tak kuat je.




Comments

Popular Posts