Kedai Kopi Puteh & Lunch at Jerantut Hill Resort


Kami berada di Jerantut, Pahang demi menjalani misi menjejak para penternak ikan air tawar! Make this short and aku dah lapar, bermalam di Hotel Darul Makmur buatkan lena aku tak makmur sangat. Keras tilamnya! Huhuhu! Sarapan kat hujung shop lot belah kanan dari Hotel Darul Makmur tu makan roti canai. Kedai paling hujung berhadapan dengan jam besar Jerantut! Aku tak ingat dan tak ambil gambar sebab ketaq lapaq! Huhuks! Tapi, 2 kedai ni aku tak lupa nak snap sebab aku masih boleh bertahan. 







Apa istimewanya Kedai Kopi Puteh ni? Sebab kedai ni boleh dikatakan ada masakan melayu, Vietnam dan western food! Pau pun ada, roti john pun ada! Sate? Apatah lagi! Salesman bawak kami makan kat sini, ikut jela. Malas nak argued! Aku makan nasi goreng cili padi pun okay je. Tak larat makan ikan dah ni! 





Sup Vietnam terasa hangat di tekak! Boleh diterima! Sate pun sedap! Mi goreng failed sket! Takpe, sila order dan rasa dulu. Lain tekak, lain ragamnya. 

Esoknya, kami ke farm ikan air tawar iaitu one of our customer jugak la. Then, dapat la meniti sangkar kat situ. Menangkap ikan lalu menyiangnya? Ohhh tidak! Nak makan sahaja! Tidak ada rasa tanah dan isi ikan sangatlah kenyal! Tauke sedekah 2 ekor ikan, dan mintak kami tunggu dia kat Jerantut Hill Resort, lunch kat sana. Kang tukang masak buat order yang kita nak. Chinese style, takkan masak ikan dengan cara asam pedas ka, pais ke hape, depa buat stim saja. Baru rasa ikan terasa di lidah. Haa.. gitcheww!






2 ekor ikan tilapia tadi, kami bagi kat waiter dan terus dibawa ke dapur. Apa yang menarik nak dimasak? Fresh ni! Haa... menu stim dan nyonya menjadi pilihan. Selain menu ikan ni, kami amik sotong goreng tepung salted egg. Sedap gila!






Kalau korang nak walk in makan kat sini pun okay je. Tak perlu nak beli ikan siap-siap. Bezanya harga ikan kami tak termasuk dengan harga menu dan sekadar bayar upah masak je. Nak menginap kat sini pun okay je. Kolam takde orang pun mandi kala ini. Maybe sebab weekdays kot? Okay, tauke sangkar dah sampai... Ngap dulu!

Comments

Popular Posts