Resipi Grobok Salai, Pedas, Negeri Sembilan

Apa yang menarik di Pedas, Negeri Sembilan? den pun tak tahu! Yang den tahu, ada kedai makan penuh manusia (takkan haiwan dan ternakan pulak kan?) setiap kali hujung minggu. Tak pernah lagi makan during week days. Nanti den torai! Huhuhu! Kalau korang jenis yang suka masakan pedas dan asli dari nogori Semilan ni, meh kita try makan di Pedas. Resipi Grobok Salai, Kampung Dato Abdul Samad. Kami datang sini during cuti sekolah, jam 2 petang pun still ramai orang. Tapi, aku okay je sebab kedai ni praktikal sebab sistem beratur dan pemberian nombor giliran. So, takde issue kalau nak cop tempat duduk atau queue nanti.

















Terketar-ketar tangan nak snap sambil pegang dulang. Tak praktikal untuk yang beratur sambil nak pilih makanan. Jadi, sila simpan niat nak ambil gambar area lauk-pauk. Kang ada yang terbalik dulang tu pulak. Huhuhu! Ada sorang brother ni dah cop tempat di meja kami, aku tanya crew, dia jawab, biarkan dia... nanti lepas ambil makan, just pergi je kat meja yang tertera nombor kita tu sebab brother tu cop meja sementara tunggu kawan-kawan dia sampai. As long as kita dah ada nombor meja, meja dah tersedia untuk kita. Selain masakan salai, ada lauk lain jugak.





Seronok eh korang... mask bukan mandatori lagi? Huhuhu! Kami je pakai mask ni. Jadi macam awkward pulak sebab dah biasa. So far, makanan sedap dan pedas. Berpeluh MF makan ayam kampung salai tu. Tapi, makanan ape je dia tak berpeluh bila makan? Kikikiki! Korang boleh try nanti. Sebelum jumpa kedai ni tadi, ada kedai tepi jalan jual mi udang galah. Nanti boleh torai!

Comments

Popular Posts