Dash Resort Langkawi

Baju kami sempat kering lepas makan di sangkar ikan tular kat KILIM Geopark tu. Masuk kereta, terus ke Dash Resort, Pantai Tengah untuk check in. Deposit RM100 dikenakan untuk 1 bilik. Kami ambil 2 bilik, so RM200 kena bayar untuk deposit. RM3/room untuk tourist tax. For me, biasa ja hotel ni! Agak mahal untuk bilik yang kecil untuk kami berdua. Katil pun ngam je. Adeh! Hanya pada nama. Dash ni under Riyaz Hotel & Resort. According to receptionist, Riyaz Hotel to be soon akan dibuka! Nampak dari luar modern and calm je. Tak sure berapa pulak harga untuk 1 malam. 











Tak sedap sebab pahit gila
Tak sedap








Lepas kami rehat & jamak di bilik, kami terus ke swimming pool untuk berendam dan minum kat pool bar tu. Crew kat pool bar kurang mesra. Uhuks! Security guard jugak yang entertained kitaorang. Aku dah tanya kat booth nak buat aktiviti pantai tu. Harga untuk jetski yang kami nego hari ni, RM150/jetski untuk 2 orang. Parasailing, RM390 untuk 3 orang. SF tak nak main parasailing. Sharkie cakap kalau nak main, semua kena main. Haizzz! So, aku pilih main jetski jela instead of main parasailing kang, atas tu SF dah jerit nak turun. Lagi niaya! Lepas naik ke bilik, kami bersiap-siap nak makan di Cili Kampung, Kuala Kedawang.

Esoknya, kami bersarapan di Dash. Bilik kami termasuk sarapan. Korang boleh pilih meja dan pilih menu apa yang korang nak. To be honest, roti canai tu sedap! Gulai ikan tu memang carer nokk!









Waktu nak checked out, aku naik atas untuk sightseeing sementara tunggu KA ambil kete. Lucky us tak book bilik mahal ni untuk kami menginap. Why? Sebab tak berbaloi! even berdepan dengan pantai! Aku mintak izin dari cleaner masuk untuk ambil gambar cuma segan nak keluar dari bilik ni untuk snap kat depan bilik ni. 







Comments

Popular Posts