Private Trip to Pantai Pasir Panjang, Pulau Dangli, Gua Cherita, Tanjung Rhu

Awal pagi, dah bangun bersarapan dan bersiap untuk checked out! Next trip pagi ni, ikut suka hati la boatman nak bawak ke mana? Kami tak kisah pun. Janji naik boat! Aigooooo~ Sebab ni kali ke-9 aku di Langkawi, bebudak tu pun tak kisah mana-manapun boleh. Nak ke Pulau Tuba, boat tak boleh berpatah balik kalau kami pilih Pulau Tuba sebagai destinasi seterusnya. So, aku usha peta topologi Langkawi, ada Teluk Dedap, Gua Cherita dan Pantai Talam Dua Muka. Malang sekali, laut sedang surut. Boat tak boleh masuk sampai Pantai Talam Dua Muka. Nak makan kuih talam pun takde ni! Kami sepakat, ikut je boatman nak bawak kami ke mana? Sebuah boat, RM450 untuk 4 jam. Muatan boat kami ni boleh masuk 10 orang. Kami hanya berlima termasuk boatman. Ayuh kita!






Owner boat, Mr Alif thought that kami nak ke Teluk Dedap sebab nak mengkaji batu dan bawak balik fosil! Hahahah! Kami hanyalah tourist biasa semata-mata! Tiada kaitan dengan ilmu geology! =p SF cakap, kemain ko nokkk... nak kaji batu ko bawak trip kali ni! Dah korang semua harap kakngah je buat keje, hamikk! Ayuh kita!
 
Dah snap area KILIM Geopark tu, kami terus ke Teluk Dedap. Tengok camtu jela... usha batu batuan dari jauh. Nak masuk ke dalam, air masih surut. 





Okay, kami ada banyak masa di Pantai Pasir Panjang. Pantai ini kami yang empunya untuk masa sekarang (sebelum orang lebih ramai yang datang). Tak cukup dengan mandi tepi pantai, kami kaji batuan pulak kat sebelah kanan tu. Waktu mandi tu, aku perasan yang kaki aku macam pijak selut, bukan pasir. Scary le pulak! Huhuhu!


Dah penat mengkaji batuan dan buat scene pendeta kat bawah kolong gua kecil kat area sini, kami ke Gua Cherita pulak. Tapi just kat gigi air jela sebab jeti lama runtuh few months ago. Masih under construction. Tengok dari jauh jela wak... Terus ke Pulau Dangli, bagi makan ikan. Kami tak snorkel sebab tak sewa waktu di jeti tadi. So, suap ikan makan jela.


Dah penat usha aquatic di bawah permukaan laut sambil mata tertancap di ikan bayan (parrot fish) aku dah start lapar. Adeeh! Masih jam 11 pagi ni. Mana nak pergi? Boatman ikut je mana kami nak pergi. Suh lajak g Koh Lipe, tau pulak tak mahu! Dasar!


Terjumpa pulau comel ni, kami singgah menggantikan lara tak dapat ke Pantai Talam Dua Muka. Acah-acah camni jugak la pulau Talam tu.... Aku dah lapar ni! Tapi, masih bersabar dengan jayanya. Lepak kat sini dalam 30 minit, pastu kami ke Pantai Tanjung Rhu. Lepak kejap sambil berOOTD. Sharkie dah melena kat kayu mati. KA pulak lepak dalam boat 'fogging' dengan boatman. 



Dah penat healing celah lalang ni, kami terus ke sangkar untuk buang masa yang ada. Rupanya terlajak masa! Adeeh! Sorry dik! Nasib baik dia takde trip lepas trip kami ni. Kalau tak, mesti rushing. Ajak dia makan sekali, tak sudi memalu pula. Haizzz! Bagi angpau je ye? Kami singgah makan di kedai siakap viral tu. Makanan memang sedap. Sebelum ngap, kami mengenali ikan yang ada dalam sangkar dulu. Aku bagi Ahmad si ikan pari makan. Suap makan kat Ahmad, memula rasa takut jugak sebab mulut ikan pari kat bawah.

Ahmad the sting ray

Ikan kerapu (sebelah) masak 3 rasa
Ikan kerapu (sebelah) masak cili
Kerabu Siput harimau (sedap gila) 
Siput harimau tu, seko RM79. Besar jugak! Lupa nak snap gambar sebab aku dah menggeletar lapar! Adeh! Ikan kerapu, RM179 kami mintak dia masak 2 menu. So half-half la. Serius sedap! Nasib la Langkawi ni jauh dari Semenyih! Tapi macam nak repeat balik untuk makan je? Adeh! Total makanan kami termasuk air dan nasi, RM339.50.

Comments

Popular Posts