LiLLA Hilltop Retreat @ Janda Baik
Lilla ada banyak tau guys? Bukan setakat di Janda Baik. Yang aku tahu, kat Bentong & Hulu Langat pun ada. Harga pun lain, bilik pun of course berbeza. Sempena cuti panjang bersambung dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, di sinilah kami berada! Ecewaah!
Kali ni, agak lain! Sebab ramai orang buat family day and team building. Maka, Lilla @ Janda Baik riuh dengan warga yang menginap kat sini.
Lepas take 10 minutes letak beg, kami naik makan di cafe. Cafe ada dua level. Kalau naik atas dah start semput sebab bilik kami kat bawah. Fiuhhhh! Sistem perkumuhan berjalan lancar! 😂 Naik turun bilik ke dewan makan pun dah bakar lebih kalori makan tengahari tadi.
Flying fox & wall climbing macam tak terjaga
Shared bathroom untuk penginap glamping
Tiada buggy disediakan. Tayah la berangan nak bawak beg tarik. Habis roda beg korang nanti! Huhuhu! Tapi, penat jugak nak mengendong bag belakang pulak. Sakit bahu mak nokkk! So acaner?
Dalam Club House ada disediakan pelbagai games. So, takde la bosan sangat. Nak karaoke pun boleh ikut pakej yang ditawarkan Lilla.














































Comments
Post a Comment