Rembayung, Kuala Lumpur
Akhirnya... aku berjaya battled Rembayung pada 10 Ogos! (Walaupun hanya take away version!) Kahkahkahkahkah! Ohh... by the way, kalau kita reserved take away pun, ada meja yg proper untuk bilangan yang kita dah pilih. Aku tekan 4 orang, maka deposit RM10/person akan dikenakan. So, table kami untuk 4 orang.
Boleh order minuman dan kuih muih. Aku order aiskrim tapai dan cendol, kopi santan, kuih muih ambil kat kaunter. Nanti bagitau je no meja.
Slot aku jam 6.45 petang, tapi kami dah sampai jam 6.20 petang camtu, aku tanya crew bertugas, dia jawab masuk dan naik ke table 38 tanpa tunggu kat luar. Hmm.. then kenapa buka slot untuk bungkus? Baik makan terus je kat situ kan? Sebab meja memang tersedia. Else, dia nak cepatkan untuk orang yang take away ni blah cepat lepas minum/makan kudapan sementara tunggu makanan yang kami order sampai untuk di bawa pulang?
Tapai aiskrim yang sedap
Sedap dari Chef Wan, tapi aku pernah rasa kuah kacang yang lebih sedap dari Rembayung
Daging masak lemak salai tak kedekut langsung!
Heroes cakap sedap
Sayur masak lemak putih pekat likat terasa segala santan sayur apa semua lah!
Okay... boleh sambung battle untuk makan kat sana pulak! Huhuhu! Sebab dah rasa apa yang aku nak rasa saja. Dari kuih muih kampung, aiskrim tapai dan cucur udang. Next trip, boleh test ikan berlado pulak.






























Comments
Post a Comment