Japan: Osaka Day 2

Pepagi lagi, kami dah bersiap-siap nak activate JR Pass kat station terpilih. Selain tu, kalau korang naik shinkansen atau express train, boleh reserve seat kat station JR. Lebih baik reserve sebab nak elak kelam kabut tak dapat seat bila naik shinkansen nanti. 

Oleh sebab 3/5 masih lagi dalam golden week (peak season), maka, kami terpaksa buat lencongan train direct ke Osaka, tapi kami terpaksa naik train ke Nagoya dulu sebelum tukar train ke Osaka. 
Bersangka baik konon tak ramai orang. Huh! Meleset!
Ni belum masuk bahagian shinkansen. Just kat line je. 


Kalau korang dah study route awal-awal, takde masalah kalau korang terjerumus ke station yang lain. Sebab route masih di jalan yang benar. Cuma tak sampai direct je. Boleh je turun kat Shizouka station, tapi sebab otosan sebelah aku sarankan naik dari Nagoya, so aku patuh jela. Ada JR Pass, suka suki kita jela mana nak turun. 
Non reserved seat untuk shinkansen. Siap ada orang terpaksa berdiri.

Otosan sebelah aku tu peramah. Baik hati pulak tu. Siap tolong kami camana nak naik train yg seterusnya. Orang buat baik, so aku pun share la brownies yang aku bawak dari Malaysia ngan dia. Seronok kemain dapat brownies free. 
Siap letak masa tuu...
Dengan adanya pocket wifi, insyaAllah, korang boleh recce jalan tanpa sempadan. Sebabkan awal pagi dah chaos dengan umat kat Tokyo Station tadi, terus jadi blur. 
Wifi ni sehari RM20 unlimited data. Boleh collect kat KLIA2 dekat dgn arrival.
Station Nagoya

Berkira-kira jugak nak singgah Nagoya. Sebab takde dalam itinerary kami. Aku sempat google dalam train tadi. Oleh sebab masa dah suntuk. Aku pun dah booking hotel kat Osaka, so kena sampai Osaka sebelum hari gelap. Pukul 5.30pm dah mula gelap. 
Sawah bendang Jepun
Cuaca tak berapa cun

Kami dah melepasi Station Kyoto
Rumah Nobita?

Tepat masa, kami dah sampai Shin Osaka. Memula sekali nak cari storage coin. Kenapa? Haa...sebab ni.
Tak larat le nak angkut segerombolan anak tapir ni check in Osaka

Oleh sebab kami dah asingkan baju nak dipakai untuk malam ni dan esok pagi, so, dua anak tapir sumbat dalam storage je. Kat sini, boleh pakai coins atau Suica Card je. Mudah.
Cari storage yang bukan 'green light' tanda belum ada yang sewa
Pilih English as your reference
Touch Suica card kat biru belah kanan tu
Resit ni simpan bebaik tau?
Box no tu nombor storage korang. Kalau pakai coins, dia akan bagi no pass code untuk storage


Ini antara sebab kenapa kami kena simpan beg kat dalam storage.
Tadaaaa! Gila nak mengangkat? Fuhhh!


Kami selamat sampai kat For Leaves Inn Nagai Hotel lepas naik turun train under JR. So, free for us! Tunjuk JR Pass je kat pegawai lane tu. Kat negara orang, sila jangan sombong. Agak2 terjumpa dengan serumpun, bertegur sapa la. Takut sesat, jgn lupa ber'sumimasen nak tanya tempat. Kami ke hotel kali ni, tanya orang jugak. Google maps macam menipu pun ada. Walhal tak patuh arahan dia! Phewww! Dan rezeki kami, terjumpa orang yang baik dan sudi tolong. Dia hantar terus depan pintu hotel. Memudahkan kerja kami. 

Rehat lebih kurang, dah masak travel pack Brahim's, pastu kami ke Dotonbori. Kecewa sebab tak dapat ke Arashiyama Bamboo Forest hari ni. MF kata nanti repeat. Yeeeyyyy!
Nasi goreng 'pataya' Jepun?
Aku nak cruising, tapi tak sure kat mana kaunter tiket tu
Port wajib Osaka kalau nak snap gambar
Cara masak takoyaki
Nampak menyelerakan
Pakai chopstick je minah tu buat
Ready to eat!
Tu harga ikut size
Dotonbori ada apa? Best shopping. Especially kat ABC Mart. Banyak jenama best ada dijual kat situ. MF dah stress kenapa dia tak beli je kat situ. Bersangka baik kat Tokyo lebih awesome. Harga tak sama tau? Ok, kita husnuzhon. Mb kat Dontonbori malam tu ada sales. ***Gelak sinis.

Kami tak berlama2 kat situ. SK II pun jual kat farmasi biasa ja. Aku beli Kanebo powder. Travel approved! Kebanyakan benda Jp ni kreatif ya amat! Mask pun jual longgok je. Kat sini, diharamkan jual barangan fake. Even kat pasar malam. Perfume tu bersepah. Sediakan duit je. Roaming debit card sesiap. G-Shock, Swatch, Seiko, antara favourite brand kat sana. Ok.. MURAH! Kalau korang layan Yodobashi, Don Quijote, memang terbukti, kat Osaka lebih murah. 

Terpaksa share pasal shopping sebab aku skip Kyoto. Nasib la dah pernah sampai 2 tahun lepas. Kat Osaka ni, ada banyak lagi tempat menarik selain Universal Studio Jp. Theme Park pun ada. Tak bosan. 

"Tokyo may have more money and Kyoto more culture: Nara may have more history and Kobe more style. But Osaka has the biggest heart!"


Indeed!

Comments

Popular Posts