Japan: Tateyama Kurobe Alpine Route, Day 7


Alpine Route, Tateyama

Ketabahan dan kecekalan amat perlu kalau korang nak ke Tateyama Kurobe Alpine Route dari Tokyo balik hari. Boleh cover all day kat sana, dengan syarat korang menginap kat area Nagano atau Toyama kalau bukan dari Tokyo atau tempat lain. 

Aku dah beli pakej Tateyama Alpine Route ni kat MATTA Fair. Agak mahal, tapi berbaloi. 11,850 Yen kalau beli kat MATTA. Cover dari Shinano Omachi ke Toyama. 
Sama ada korang dari Nagano atau Toyama. Perjalanan takkan berpatah balik.

Bagi aku, better beli kat Station Tokyo je. Lagi murah. Oleh sebab aku dah beli pakej dari Shinano Omachi, aku terpaksa keluarkan lagi 2,600 Yen naik bas dari Nagano. Aku dari Tokyo naik shinkansen turun Nagano. Dari Nagano ke Shinano Omachi mau lagi 2 jam lebih nak sampai kalau naik train biasa wehhh! Mahal gak trip ni. Tapi, apa nak buat? Dah peram lama impian nak jejak sini. 1st time merasa salji. 

Kami dah reserved seat awal-awal semalam.

Shinkansen 2 tingkat. 
Kami terlajak tido. So, dah terlepas train pukul 7.23 pagi tadi. Nasib la pakai JR Pass. Kalau beli sendiri? Meraung la.. sebab tiket shinkansen memang mahal.

Kami sampai kat Station Nagano, dalam pukul 9.45 pagi. terus terkocoh-kocoh keluar dari station dan cari station bas kat luar. Bas akan sampai jam 10.30 pagi. Lega. Sempat nak ke toilet, beli makanan sket untuk kudap-kudap atas tu. Aku beli tiket bas dari Nagano station ke Shinano Omachi kat driver bas je. Kat 1 kombini area situ pun ada dijual tiket bas. Jadi, takde masalah kalau korang terkelam cam kami ni.
Ya! Kami menuju ke Ogizawa!
Keadaan di tempat tunggu bas. Mana ada tempat duduk? Sebab bas sampai on time.
Bas dah sampai!

Kaki dah lenguh tunggu bas tadi. Voucher Tateyama Alpine Route yang aku beli kat MATTA fair valid dr station Shinano Omachi ke Toyama saja takyah bayar apa-apa. Atau korang dari Toyama ke Nagano atau Ogizawa pun takde masalah.  Tapi, nak elak congested dengan ramai orang, better start perjalanan korang dari Ogizawa je. 
Inilah station Shinano Omachi. Kalau aku naik dari sini, aku sekadar tunjuk voucher kat driver bas ja. Takyah bayar apa-apa lagi dah.


Selepas sejam setengah dalam bas, kami sampai di Ogizawa. Sebelum tu, akan jumpa sungai warna emerald. Lawa. Pokok-pokok pun spooky je. Sebab tak banyak kenderaan lalu-lalang. 

Tukar voucher kat kaunter dan petugas akan bagi tiket untuk di'scan.

Dari Ogizawa, kita akan naik trolley bas dulu. Then baru sampai ke Kurobe dam. 

Geng mainland.
Keadaan tenang dan terkawal. Orang tak ramai sebab weekdays?
Pilih nak naik anak tangga hijau (yang panjang tu) atau turun 60 anak tangga?
Of course aku pilih yang 60 anak tangga je. Hehehehe!

Lepas turun anak tangga ni, korang akan melalui terowong. Time ni, dah mula rasa sejuk ya amat! Ni 1st time pengalaman g tempat bersalji. Setakat pakai baju tebal dan kasut tebal je? Apa ada hal? Mesia hangat. Kat sini jela nak hibernate sesejuk? Hehehehe!

Scene sebelum aku panjat nak snap dari pemandangan atas.
Tak sure berapa degrees time ni.
Nak g observatory konooon... dah pancit separuh jalan. Tak larat dah!
Depan ni ada cafe nad kedai souvenir. 
Rest room and souvenir shop.
Kalau musim luruh, mesti lagi lawa.
Korang boleh cruise kat empangan ni. Sedia duit jela. 

Pastu, kami naik tram dari Kurobeko untuk ke Kurobedaira.
Ada masa-masa dia nak ke satu tempat ke tempat lain.

Kalau datang dengan group, boleh ke lane 2 dan 3. 
Kurobeko Tram.

Kami antara yang awal beratur. Bila datang group, memang penuh tram ni. Tapi, takde la sampai bersesak-sesak. Masih relevan lagi nak duduk dan bertenang. Pastu, kami akan naik ropeway pulak untuk ke Daikanbo.

Bila sampai kat Daikanbo station.
Sayup je station kami tinggalkan.
Ada otosan bagi peluang kat aku snap kat tepi ropeway. Subhanallah!
Ada yang main ski kat sini.
Kami sambung naik trolley bas ke Murodo.
Mak aiii.. dah mula nampak putih!

Kalau korang nak beli apa-apa, better beli kat sini. Banyak kedai and souvenir lebih banyak dari kat Kurobe dam tu. Sebab trip ni takkan berpatah balik, jadi, renung-renungkan kot tergeliat nak beli apa-apa.

Takle masuk la pulak... Aisehh!
Kami snap area tepi jela..
Inilah dia Snow Wall kat Tateyama! Boleh cecah 20 meter tinggi Snow Wall ni. 
Ais? Tak terasa nak minum ais! Sejuukkk!

Kami tak berlama-lama kat sini sebab sejuk. Tujuan nak merasa salji. Tuuu! Dah tunjal2 ais tu kan? Jadi la.. Pengalaman pertama. Sebab aku tak suka cuaca sejuk beku camni. Terasa suram. Menyusah diri jugak nak pakai berlapis-lapis. 

Pastu, kami naik bas ke Bojodaira. Non stop terus ke Tateyama Station. Masa ni pun, kami dah letih sangat. Dalam bas, tido je. Amik masa 25-30 minit jugak la ke bawah. Nampak nau memang terlena dalam bas. Hehehe! 
Orang dah mula ramai nak turun.
Antara scene dari dalam bas yang aku sempat snap sebelum kroiihhh!
Kepulan awan tu berpadu dengan bukit bukau, menambah keunikan suasana. 

Kami sampai kat Tateyama Station, dah jam 5.15 petang. Dah maghrib kat sini. Kami dah betul-betul letih. Pasni nak naik train ke Toyama pulak. Ingatkan train yang biasa aku naik? Rupanya train zaman 70-an camtu. Adoiii! Bunyi dia geduk-gedak gak la... 


Ternyata perasaan tu meleset. Memang iya train lama. Tapi dia punya speed! Fuhhhh! Berdesuuppp dari komuter kita! Lupa, aku kat Jepun. Heheheh!

Kami sampai kat Toyama station, terus ke kaunter JR line. Kami nak reserved seat balik Tokyo. Aduiii! Train lambat lagi. Pukul 7.55pm baru gerak. So, kami lepak makan dulu kat Toyama Station tu. Lapar sangat dah. 

Bagi aku, kalau korang nak rasa pengalaman lain dari kebiasaan, datang la sini. Nak menginap pun boleh. Ada 2 resort kalau tak silap. AKu takde bajet melebihi sepatutnya. 

Kami sampai hotel dah 10 lebih. Penat tu toksah nak kata la. Mujur tak hujan malam ni.  

Nak rehatkan badan. Esok nak bercanda riang!

Comments

Popular Posts