Pengalaman berhadapan gempa bumi di Lombok

7 Skala Richter! Tak memain hebatnya tu!
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA 2 jam 0002 6 Ogos 2018. Sepatutnya kami fly jam 2020 dan tiba di KLIA 2 jam 2330 hari sama tanggal 5 Ogos.

Aku dah siap awal-awal lagi AXA travel insurance e-mail to SF. Apa-apa jadi, memang dia la yang kami harapkan nak bagitau parent. Hehehe! Sebab kali ni, aku langsung tak bagitau ayah nak g travel! Risau dia risau! Faham tak? (Thanks kezen!) 

MF ajak proceed jugak. Katanya, kalau dah ajal tak yah jejauh. Sambil pegang phone pun dah dicabut nyawa. Dia punya metafora, mak aii.... terasa aaiii! Huh!

Setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada crew AA di Lombok. Tak lupa juga kepada kakitangan Lombok International Airport yang bersungguh-sungguh menjaga keselamatan kami sebagai penumpang. 

Kebetulan, kami nak balik KL malam tu. Dan kebetulan lagi, gempa susulan menyerang bumi Lombok! Aiseeeh! 

Pengalaman yang takkan aku lupa! 
Serius!

kejadian berlaku jam 7.46 petang, kami dok layan handphone sementara tunggu masa untuk check in masuk ke pesawat. Ngam, AK 0307 tiba di lapangan. 
Tiba-tiba, dok beralun! Alamak! 
Gempa! 
Terasa bunyi kuat hasil gegaran. Camni ke bunyi gempa?
Istighfar... terus istighfar... Penumpang sekitar kami dah berlari-lari ke ruangan dalam airport. Aku je masih tenang (laaah konon) dok fikir.. betul ke ni gempa? Kalau masuk dalam, bangunan tu kan tak selamat? Aku dah panik! Ada penumpang yang menyorok bawah kerusi dan meniarap atas lantai. Ramai yang berlari tinggalkan barang yang ada di samping. Termasuk ada yang keciciran passport.
Semoga penduduk Lombok, tabah dan dipermudahkan!

Ada sorang abang tu, dah laungkan azan sekuat yang boleh. Aku berdiri kat situ sambil pandang dia. Samar-samar. Pintu kat depan masih lagi bergegar! Lantai masih beralun, tiba-tiba black out! Aduhhh! Tak lama kemudian, tenang. 
Staff airport, laung sekuat yang boleh Kuala Lumpur! Kuala Lumpur! Aku kat depan dia, ikut je arahan yg dia beri. Cepat-cepat tarik MF on queue. Penumpang yang berlari tadi dah tenang. Semua terkocoh-kocoh nak keluar pintu depan ke pesawat. 

Kami diberi taklimat oleh crew AA. Diminta bekerjasama dan bertenang. Semua orang dalam bangunan diarah keluar. Aku fikir, depa dah jalankan sepenuh amanah yang boleh. Sebab depa pun ada keluarga yang ada kat rumah atau di luar rumah. Mesti depa pun risau! 
Ya guys! Terkesima!

Jam 9.10 pm, kami dah selamat menaiki pesawat dan flew back to Malaysia! Alhamdulillah. 

Then, baru aku ngan MF berani buka mulut pasal pengalaman kami petang tadi. Sepatutnya aku dah mintak Pak Wahyu arrange schedule kami sekitar Senggigi hari Ahad. Tapi, dia ubah jadi hari Sabtu. Yess... Senggigi dilanda petaka semalam! 
Kami tunggu arahan naik je ni.

Ini hasil aku gugel tadi. Cara-cara nak hadapi gempa.

REBAH! melutut ke atas lutut anda (sebelum gempa bumi menjatuhkan anda ke bawah). Kedudukan ini menjadikan anda sasaran yang lebih kecil tetapi masih membolehkan anda bergerak jika perlu.


BERLINDUNG! kepala dan leher (atau seluruh tubuh anda) di bawah meja. Jika tiada meja untuk menyorok di bawahnya, berlindunglah berhampiran dinding dalaman dan lindungi kepala dan leher dengan lengan dan tangan anda.


BERTAHAN! pegang pada perabot atau pada kepala dan leher anda sehingga gegaran berhenti. Bersedia untuk bergerak bersama-sama dengan tempat perlindungan anda jika gegaran mengubahnya sekeliling.

Gempa bumi berlaku tanpa sebarang amaran dan ia boleh menjadi begitu dahsyat menyebabkan anda tidak boleh berlari atau merangkak, oleh itu kemungkinan besar anda akan jatuh ke tanah di tempat anda berada. Tetapi, jika boleh, berlindung jauh dari dinding luar bangunan yang merupakan tempat yang paling berbahaya untuk berselindung. Tingkap, serambi dan tambahan seni bina merupakan bahagian pertama yang akan runtuh. Untuk menjauhkan diri dari zon bahaya ini, kekal di dalam rumah jika anda berada di dalam dan kekal di luar rumah jika anda berada di luar.

Memandangkan pada bahaya dari gempa bumi dan kesannya ke atas struktur, "Rebah, Berlindung dan Bertahan "adalah arahan tunggal yang paling berguna diikuti untuk melindungi diri anda dalam kebanyakan situasi. Ia memberikan peluang terbaik untuk melindungi diri anda semasa gempa bumi berlaku ... walaupun semasa gempa yang menyebabkan perabot bergerak sekeliling bilik, dan juga di bangunan-bangunan yang mungkin akan runtuh.

JANGAN menuju ke arah pintu
Satu imej gempa bumi di California menunjukkan runtuhan rumah dengan bingkai pintu merupakan satu-satu bahagian yang masih berdiri tegap. Dari situ maka timbul kepercayaan bahawa pintu adalah satu-satunya tempat yang paling selamat semasa gempa bumi berlaku. Benar - jika anda tinggal di bangunan lama. Dalam rumah moden, pintu tidak lebih kuat daripada mana-mana bahagian rumah yang lain.
Anda akan lebih selamat jika berlindungan di bawah meja yang kukuh.

Di atas katil: 
Jika anda berada di atas katil, bertahan dan kekal di situ, lindungi kepala anda dengan bantal. Berada di situ mungkin dapat mengurangkan kecederaan anda. Pecahan kaca di atas lantai boleh menyebabkan kecederaan kepada mereka yang telah bergolek di lantai atau cuba untuk sampai ke pintu.

Jika anda berada di...Bangunan: 
Rebah, Berlindung dan Bertahan. Semasa gempa bumi nerlaku, rebahkan diri anda ke lantai, berlindunglah di bawah meja, dan bertahanlah disitu sambil berpegang pada meja tersebut dengan kemas. Bersedia untuk bergerak dengannya sehingga gegaran berhenti. Jika anda tidak berada berhampiran meja, rebah ke lantai berhampiran dinding dalaman dan lindungi kepala dan leher dengan lengan anda. Elakkan dinding luar, tingkap, objek tergantung, cermin, perabot tinggi, peralatan besar, dan kabinet dapur dengan objek berat atau kaca. Jangan pergi ke luar!

Luar: 
Pindah ke kawasan yang lapang jika anda mampu berbuat demikian; Cuba elak dari berada di bawah talian elektrik, pokok dan lain-lain kawasan yang merbahaya.

Memandu: 
Berhenti di tepi jalan, berhenti, dan pasang brek parking kereta anda. Elakkan jejantas, jambatan, talian elektrik, papan tanda dan lain-lain tempat yang merbahaya. Tunggu di dalam kenderaan sehingga gegaran berakhir. Jika talian elektrik jatuh pada kereta anda, jangan ke mana-mana sehingga seseorang yang terlatih datang dan mengalihkan wayar tersebut.

Berhampiran pantai: 
Rebah, Berlindung dan Bertahan sehingga gegaran berhenti. Anggarkan berapa lama gegaran yang berlangsung. Jika gegaran teruk berlangsung selama 20 saat atau lebih, segera berpindah ke tanah tinggi kerana tsunami mungkin telah terhasil oleh gempa bumi. Pindah ke pedalaman 3 kilometer (2 batu) atau ke tanah yang sekurang-kurangnya 30 meter (100 kaki) dari paras laut dengan segera. Jangan tunggu sehingga pegawai mengeluarkan amaran. Berjalan cepat, dan bukannya memandu, untuk mengelak kesesakan lalu lintas, serpihan dan lain-lain bahaya.

Banyak lagi yang kita perlu alert. Korang boleh cari kat internet. 

Apapun, nanti aku kongsi pengalaman kami ke Lombok. Bagi aku, Lombok cantik. Bukan setakat pemandangan, tapi budaya kat sana yg asli.

"These pains you feel are messengers. Listen to them."

Amaran Tuhan.

Comments

  1. Merasa gempa jugak ye. hehe. Den dah banyak kali gi sana pun tak merasa lagi pengalaman tu. Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur masih diberi kesempatan nafas dan nikmat.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts