Dimsum Chabura Restaurant

Sawat dee kha!
Assalamualaikum!
Day 2 hari ni di Hat Yai. Apa plan kami hari ni?
Kin alai na kha? (Nak makan di mana?)

Breakfast di Dimsum Chabura
Naik tuktuk ke sana, 20B/person. Dari Train Hotel ke Chabura, dalam 10 minit gak.
Cute tuktuk merah ni

Orang tak ramai time kami sampai. Risau jugak kena tunggu meja dan beratur. Alhamdulillah, timing kami awesome! Jam 7 pagi waktu Thai dah terpacak! Jom cari apa nak makan!







Buat pilihan bijak

Eat clean?

Part dimsum, aku serah kat SF and HF. Pepandai le deme. Aku pilih 2 pinggan kecik je. Kang kena marah pulak kalau tak habis! Hehehehe! Dalam masa sama, aku pilih menu lain yang akan kami share makan sama-sama.




Nasi kerabu daging bakar
Mango sticky rice (aroi mak)
Presentation is tempting
Teh ais dan kopi ais
Murtabak ayam was aroi mak!



Kami diajar cara nak gunakan sos 3 adik beradik ni. Hahahaha! Ikut lidah korang la. Dok berasa macam program masakan oleh Baek Jong pulak. Kami pun tak sangka, texture sos akan jadi lebih sedap dan umph kalau bercampur ikut sukatan yang betul.



Tadaaa! Then kacau sebati

Kami habiskan sejam setengah kat sini untuk menikmati permulaan pengembaraan makanan kami. Nak kata terlalu bajet, tak jugak. Sebab niat memang nak makan pepuas je. Semua di atas, 670Baht sahaja. Aku bajet 700Baht. So, stay in our budget!


Kenyang kan? Moh kita mulakan pengembaraan seterusnya hari ni. 
Ke mana kita ni????

Comments

Popular Posts