Pulau Sibu: Day 2

Assalamualaikum!
Korang sihat? Kami sihat, sebab nak teruskan kehidupan di pulau ini.
Oleh sebab kami lapang, tak rush nak ke mana-mana, bangun pagi ni sebab nak chased sunrise, malang sekali, kaki bukit mengganggu penglihatan. Maka, sayup-sayup sahaja yang kelihatan.
Resort di awal pagi


Aku dengan SF je jalan-jalan naik batu ni. Dengan baju tidonya, siap berjalan, kami lapar. Ayooo makan! Hahahaha! Of course dah gosok gigi sebelum keluar, cuma belum mandi je. Makan dulu, then baru mandi bersiap-siap nak ke kampung nelayan. 






Pandang bawah sama... tahi lembu bersepah



Kalau dah ada SF, KA dan Ayen, confirm akan ambil masa bila berjalan-jalan kali ni. Sebab depa asyik nak singgah ambil gambar sendiri, Aku dengan MF jalan dulu, explore acah photographer National Geographic je. Sikit sangat nak ambil gambar sendiri. 


Kawasan penempatan dugong rupanya
Banyak gak kampung kat Pulau Sibu ni
Bosan

Dalam 40 minit berjalan, kami selamat sampai di medan selera kampung situ nak beli jajan. Aku approached brother yang lepak kat situ. Ada tak yang buat bawa pelancong jalan-jalan pulau? Oleh sebab monsun, resort tak sediakan atas faktor keselamatan. Sebab tu kami cari sendiri nak habiskan sisa waktu kami di pulau. Katanya, RM300/boat. Aku bincang dengan jemaah, dan sepakat RM50/person untuk kami 6 orang. 

Deal! Brother tu mintak kami tunggu dekat jeti Twin Beach Resort sebab kalau kat jeti Sari Pasifica, dia risau staff resort bising bukan ambil under diaorang. So, kami terpaksa jalan kaki ke Twin Beach Resort dalam 15 minit ke situ. Tepat jam 2.30 petang, brother tu selamat sampai. Kami tak boleh nak berhenti berenang sebab ombak bergelora. Air pulak makin surut. So, boat tak boleh dekat dengan pantai. Kalau tau awal, pepagi boleh la buat aktiviti island hopping by private ni.



Jeti Sari Pasifica Resort

Dalam sejam lebih, kami dah selamat sampai ke jeti resort. Tak puas sangat pusing pulau sebenarnya sebab tak dapat nak mandi. Tadi kat Pulau Sibu Kukus tu, masyaAllah, cantik sesungguhnya cantik! Ikan pun banyak. Spesis landak laut pun ramai berpinak kat situ. Cuma, tak boleh mandi je! Ohhmaaannnnn!
Aktiviti petang
Sunset day 2 dengan talent, SF
Ayen

Aku dah lapar

Percikan bunga api

Tamatlah sudah pengembaraan kami di Pulau Sibu. Balik bilik nak kemas-kemas baju nak check out esok. Kat Pulau Sibu ni ada banyak resort, antaranya Sari Pasifica ni, Twin Beach, chalet memancing dan Gipsy Resort. Situ ramai omputeh. Korang boleh check mana yang kena dengan bajet. Oleh sebab masih lagi dalam musim monsun, tak banyak aktiviti yang kami boleh buat selain berhuhu habiskan masa yang ada saja di waktu siang.

Apapun, selamat bercuti!

Comments

Popular Posts