Nasi Ayam Gepok (Original by Korn Kitchen) & Nasi Kandaq Kampung Melayu, JB

Situasi kerja aku hari ni agak santai dan mendung berarak lalu. Nyah kau segala musibah dan petaka! Ameeen! Aku dan MF datang JB sebab urusan kerja. Settled bab kerja baru boleh mengular kejap met up member lama! Yehaaaaa! Korn! Akhirnya aku datang! Sobbss! Sambil peluk-peluk manja! (Padahal tu imaginasi aku je. Dia busy setelkan customer! Cis!








Korn suh aku try ayam gepuk, padahal pagi tadi aku dengan MF dah kenyang makan nasi lemak kat hotel. Paksa suh makan ayam gepuk memang tidaaaak lah! Atas kerajinan beliau 'memaksa' jugak aku membaham sesuap dua, maka aku ngap jugalah nasi kandaq kat sini. Ayam gepuk tu aku dh tried dulu... so abaikan buat masa sekarang. Sempat sembang 10 minit ja waktu dia letak ayam gepuk tu. Hmmmpphhh! Merajuk!




Air mangga ni sedap!

So kalau korang datang area Kampung Majidee ni nak merasa original ayaq tangan Korn ni, silalah ke mari at no. 11 Jalan Padang 1, Kg Melayu Majidee, Stulang Baru. Dia tatau aku ada blog dan tatau aku letak gambar huduh dia ngah gepuk-gepuk ayam. Mau dia hawing (baling) lesung kat aku bila tau gambaq dia hodoh kat sini! =p Oleh sebab tempat dia meniaga merangkap rumah mentua dia, dekat pulak dengan sekolah agama, please expected yang payah nak parking. Aku hampir give up. Tapi sebab nak met up kawan lama yang comel lotey ni punya pasai, aku parking jela tepi longkang sipi-sipi tayar depan nak masuk longkang tu yeee... sila hargai! Huh!

Remark: Korn, saranghaeyo!

Comments

Popular Posts