K-Garden Korean BBQ, IOI Mall Putrajaya

Last weekend, picnic with the girls at Putrajaya. So kami stayed at DoubleTree by Hilton instead of Zenith sebab nak sightseeing kononnya kat area hotel. Cis! Semua tu poyo semata-mata! Sampai hotel, terkinja-kinja nak mandi kolam! Lagak dah macam bebudak kecik! Hahahah! So malam tu kami makan kat Nelayan Cafe Ayer 8 jela. Tak sempat nak buat content restoran tu sebab memasing dah menggigil lapar! Tau la kan? Pempuan kalau lapar mood swing! =p




Lepas checked out, kami terus picnic di Tamau Saujana Hijau! Nice jugak tempatnya, dah masuk Zohor, mengemas apa patut, terus ke IOI Mall Putrajaya. Nasib kami baik, sebab tak ramai yang beratur. For me, yang pernah makan kimchi kat tempat lain, tak sedap, tapi kat sini memang umph! Kudapan dia pun sedap! No wonder la selalu ramai orang! Bukan sekadar viral semata-mata.










Refreshing gila air ni!


Spicy rice ball yang betul pedaaassss!

Sedapnya jigye ni! Makan panas-panas lagi

Teringat dah tteokbokki ni! Aduhh!


Overall, makanan kami RM179 untuk 3 orang. Siap bawak balik sebab tak habis! Ika dah start bebel! Jangan membazir! Huhuhu! Nasib la tak ambil set panggang tadi, setakat orang yang suka makan daging, memang aku syorkan. Next time memang nak datang bawak MF! Nak bagi dia rasa Maryam pandai masak! Tibeh! 

Comments

Popular Posts