D Elegance Grand Hotel, Bandar Seri Alam Masai
Hari ni dari Sedili, kami terus ke Masai sebab esok nak ke customer warehouse pulak. Hotel favorite kami bila di Masai, tak lain tak bukan, D Elegance Hotel. Dekat dengan serba serbi jalan kaki sampai kedai makan, jalan kaki, ehh.... ada pusat massage! Tibeh! Heheheh! Regency Specialist hanya 100 meter jalan kaki. Aku agak je laaaa... tapi memang dekat.
Masih banyak lot parkir kat belakang hotel. Kalau bilik korang tak termasuk breakfast, boleh walk in, RM20/dewasa dan RM10/kid. Variety of food tak semeriah hotel 4-5 stars tapi still kenyang dan berbaloi. Cuma hotel takde swimming pool.
Semua bilik dah renovate cantik! Sebab tu kali ni buat content! Heheheheheh! Tiada deposit dikenakan cuma bayaran RM1 kalau tak silap aku untuk tourist fee?
Masin sket
Boleh laaa...
Comments
Post a Comment