Hyatt Regency, Teluk Chempedak & Nasi Ulam D'Pondok, Kuantan
Hari ni, kami buat plan otak seminit lagi sebab dah lama tak buat hal! Uhuks! Kami stayed at Hyatt Regency Teluk Chempedak, which is our favorite hotel bila sampai di Kuantan! Tapi, aku temukan minat baru, iaitu shopping kat East Coast Mall pulak berdepan dengan Zenith Hotel! Next time boleh stay situ!
Urusan check in smooth. Just bayar RM3 je untuk tourist fees Negeri Pahang. Deposit pun tak dikenakan. Apa-apa yang kita nak makan atau room services, boleh charge during check out nanti. Nak sarapan, RM80/person dan kids RM40/person.
Toilet kedua
Family room, sofa bed, 1 king bed
First bathroom (bath tab, shower bath, toilet)
Jam 4.40 petang, masih belum ada orang mandi manda
Adult pool, 1.0-1.7m
Malas nak snap kids pool sebab ramai orang. Tak concentrate pulak mak ayah bawak anak-anak mandi kalau hp aku tala ke pool! Kena ada sedikit common sense ye kawan sekalian... Langit pun mendung panas. Tapi angin sepoi bahasa memang syahdu! Nak brisk walk sampai ke public beach, tapi jalan ke pantai sebelah sana ditutup untuk urusan baik pulih. So, monyet-monyet tak dapat nak usik pengunjung! Kikiki!
Untuk makanan di atas, sedap belaka. Antara sebab kenapa aku suka stayed at Hyatt Regency, Kuantan. Harga makanan kami, RM159 (inc taxes)
Buffet dinner RM148/person, kalau book awal boleh dapat less 10%
Esoknya, lepas checked out, kami terus brunch di Nasi Ulam D'Pondok, Kuantan. Hanya 3.6 km camtu je dari Hyatt Regency. Kami habiskan space usus kami makan kat sini. Siap bungkus bawak balik untuk makan malam nanti! Memang betul selera Pata Timo! Fuhhh!
Tapau ikan kerisi asam pedas, ayam masak lemak & ayam masik cili
Ada banyak lagi lauk yang berlum terhidang sebab kami sampai pun dalam jam 10.45 pagi
Nasi minyak sedap!
Ahhhhh! Sedapnya! Nanti datang Kuantan nak repeat! Teh ais pun tak terlalu bersusu walaupun kaler teh yang cantik rupawan! Lupa nak ambil gambar! Sebab dah lapar! Kalau korang ke Bandar Kuantan, aku memang recommend korang ke sini. Stop dah Jaman Tory Signatures sebab setiap kali tengahari di Kuantan je, mesti ke situ! Uhuks! Total termasuk nasi dengan ayam masak lemak, air teh ais, teh O limau ais & barli panas, RM85.50 sekali dengan asam untuk makan dalam kereta nanti.
Comments
Post a Comment