The Drawing Room @ The St. Regis KL

 

Last minute datang ke The Drawing Room cafe @ The St. Regis KL sebab kami malas nak beratur di Bacha Coffee KLCC. Huhuhuhu! Sebelum datang sini, aku called dulu tanya ada cafe ala carte tak sebab kami kenyang baru lepas makan di Locarasa Bamboo Hills. Astor Bar jam 5.30pm baru dibuka. The Brasserie pulak masih lunch buffet. Kenyang waakkk!

Jodoh kami dengan The Drawing Room. Senyap je orang dalam ni! Sambut birthday pun penuh sopan bertatasusila! Hahahaha! Sebelum tu, ni under Marriot Bonvoy, so collect points je nanti. Parking pulak, selama kami lepak dalam 2 jam, RM26 dikenakan. Surau ada di Level 2 area Ringit Ballroom kalau tak silap.



Kami datang walk in, mujur masih ada meja untuk kami bertiga. Belek-belek menu, lastly kami decided ambil 1 hi tea set sahaja dan air teh, boleh refill. Even nampak sikit, tapi perut masih kenyang just enjoy the moment with belated birthday girl, NH.
The St Regis KL Exclusive House Blend: Hibiscus
First course: Kepok lekor (Fish Cracker) macam bendera Brazil pulak
Our second course: aloloooo comelnyeehhh!
Intermediate: edible canvas & paint palette (boleh ngap lepas conteng)

Fourth course



Waiter belanja birthday cake (FOC)

Total untuk semua makanan termasuk tax, RM188. I've earned 225 points under Marriot Bonvoy.

Comments

Popular Posts