Legoland Hotel, Johor Bharu

Kami dah tiba awal di Legoland Hotel Malaysia. Yelah, tak semua negara ada Legoland tau? Certain countries je ada. Kena la bangga sket ye? Heheh! Kami tak beli any activities by online dengan harapan, ada la diskaun kalau menginap di Hotel Legoland, rupanya tiada! Harga RM399/setahun kalau korang nak buat annual pass untuk theme park, water park dan Aquarium. Tapi kami just ambil tiket masuk water park. Sorang RM149/dewasa.

Parking ticket just validate di reception setiap kali nak keluar
Full parking kat basement hotel, kami park kat luar je mudah nak keluar masuk
Bagi yang menginap di Legoland Hotel, korang boleh letak baggage kalau korang ada aktiviti nak main air atau theme park. Nanti petugas hotel akan bagi bag coupon. Jangan hilangkan macam aku, jenuh nak mencari no beg dalam bilik bagasi. Huhuks! Kami pilih slot jam 8 pagi untuk breakfast esoknya. 


Deposit sebanyak RM250/room dikenakan during check in. 
Kali ni aku pilih Pirate theme














Jom main cari harta karun

Kami malas nak turun jam 4 petang dan 8.30 malam

Dah boleh buka peti harta
Free Lego
Suria menjelma
Let's breakfast!








Biasa ja
Hot nescafe & teh tarik
Wadei tu keras

Suasana agak tenang di pagi hari
Kalau korang nak main di water park, korang boleh sewa locker atau private room. Kami just pilih small locker dengan harga RM30/day. Big locker, RM60. Kalau terlupa nak bawak towel, boleh sewa RM30/towel deposit RM30 akan dikenakan. Kami just beli towel di Legoland, RM69.90 sehelai! At least boleh bawak balik dari sewa. Sebelum masuk ke kawasan park, ada security guard akan check our bag. Boleh keluar masuk water park dari jam 10 pagi hingga 5 petang. 

Comments

Popular Posts