TGSK Bukit Antarabangsa, KL

 

Hallluuuu everybody???? *Sambil lambai-lambai! Dah lapar ke tu??? Selama kami datang ke sini, memang kena queue nak masuk makan! Waktu aku snap gambar di atas, TGSK dah berkemas nak tutup! Yaaa.... hanya dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari je beroperasi. Isnin tutup!


Ada abang RELA jaga parking untuk memudahkan pengunjung


Dari Melaka terus kami datang ke sini... kuih-muih dah habis! Nasi dan lauk-pauk dah sejuk! Sedih! Tapi kalau makan lempeng, memang diaorang masak when they get your order. Memang boleh repeat balik untuk lempeng tu. Nasi dagang dan lauk ayam kari pun sedap cuma sejuk je.
Lepas beratur, crew akan tanya jumlah team korang yang datang untuk decide which meja yang available. Kami seramai 3 orang ni, masuk belah kanan. No meja akan diberikan. So, jangan silap meja pulak! Niaya orang lain dah beratur, korang salah meja pulak, macam acik sebelah kami yang aci duduk ke hape pun tatau laah... Ada orang yang sepatutnya meja tu terpaksa bagitau crew meja 'diambil orang'.

To be honest, kopi & nescafe ni sedap! Cuma manis saja! Serius puas hati!

Sharkie just sempat ambil serdak je sebab begedil ke hape dah habis! But still sedap buat cicah dengan kuah cili kicap tu.
Laksam menepati selera Pantai Timur Sharkie
Kami sampai jam 1030 pagi, lauk dah banyak habis!

Aku just ambil nasi separuh sebab kejap lagi nak ke kenduri pulak
Sedap lempeng ni!


Belakang TGSK

Comments

Popular Posts