Afternoon tea at The Smokehouse Hotel & Centrum Night Market
Kedatangan kami di The Smokehouse Hotel Cameron Highlands hanya untuk menikmati secangkir teh strawberi dan scone hangat. Gelak tawa pelancong dari German terdengar sayup. Ada etika waktu gelak ye? So elegan! Kalau aku dengan geng, langsung tak keluar bunyi, tapi tangan dah sampai tampar bahu, paha, kepala dulu! Hahahaha! Jam 4.30 petang, kami masih boleh menikmati afternoon hi tea ala colonial.
Parking kat sini
Macam takde orang, tapi...
Bahagian luar dah penuh, so kami diminta ke bahagian tengah
So demure!
Cuaca tiba-tiba hujan dek kerana awan bawaan angin. Cantik pulak pemandangan berkabus kat area the Smokehouse tu tadi! Makin berat mata nak menutup sebab perut dah kenyang, cuaca nyaman lain macam! Namun, ini hanyalan angan-angan! Kami nak bersiap ke Centrum night market pulak! Puan emak dan puan kakak dah pesan jagung madu & susu pulak! Kenapa tak ke KEA Farm? Ohh.. tidak! Aku rasa situ lagi mahal dari Centrum Night Market! Beza RM5 jugak tu! Lagipun, ramai manusia bertumpu di area KEA.
Grade AAA/5 tongkol RM20 untuk jagung susu
Strawberry ice cream
Baya tu bagi aku 3kg RM20 ja boleh campur



































Comments
Post a Comment